Realiti Sebenar, Elfira Loy Tunjuk ‘Struggle’ Ibu Bapa Tidurkan Anak

Masa mengandung ni, tidurlah puas-puas nanti dah bersalin memang tak cukup tidur,”

Para ibu yang sudah berpengalaman pasti akan memesan pada mereka yang baru saja pertama kali marasai fasa ini. Bukan tu je, banyak lagi petua orang dulu dan tip dikongsikan. Biasalah, orang melayu penuh dengan pantang larang dan petua tapi nasihat doktor harus juga ambil perhatian.

Apa yang pasti menjaga bayi sehingga mereka mencecah usia 6 bulan pasti banyak cabarannya terutama apabila ibu bapa terpaksa berperang dengan ragam si kecil. Waktu mood elok memang comel je kita tengok tapi realiti sebenar untuk membesar dan menjaga anak kecil, sebenarnya sangat menguji kesabaran.

Itulah yang dihadapi oleh Elfira Loy dan pasangannya, Faris Khairol Anuar apabila sebuah video menunjukkan masing-masing berperang dengan rasa mengantuk ketika mendodoikan putera sulung mereka, Muhamad Rayyan Khalaf.

Mengantuk vs tak mengantuk

Dia turut membezakan situasi suaminya mendodoikan anak mereka ketika mengantuk dan segar. Jom lihat video di bawah.

Alahai, kesian Faris struggle dodoikan anak dalam keadaan mengantuk. Tak apa lah, gilir-gilir dengan El. Asalkan tak lepas tangan semata-mata nak melayan kantuk mata. Inilah yag sepatutnya setiap pasangan lakukan. Bersama-sama susah menjaga anak. Bukan mengharap si isteri je.

Itulah realiti kehidupan sebenar, tak mudah jadi ibu bapa ni, nak menjaga, mendidik, membesarkan dengan penuh amanah. Bukan pengorbanan ni je, banyak lagi. Nak senaraikan memang tak cukup.

Hargailah ibu bapa anda. Titipkan doa buat mereka tidak kira mereka masih hidup mahupun sudah tiada.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

 Fesyen Disamakan Dengan Kek Lapis Sarawak, Ini Respons Yuna ,

 Jangan Ikut Petua Merepek, Doktor Ini Ajar Cara Betul Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi

 

 

 

 

Sumber: ig elfira

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna