Raya Tetap Raya Walau Cara PKPB

Siapa kata raya ‘cancel’ ha?”

Nampaknya ramai sudah putus asa bila kerajaan negara umumkan tiada aktiviti ziarah menziarahi hari raya dibenarkan. Hm, tapi itu bukan bermakna raya kita dibatalkan..

Alright, cuba kita fikir secara positif. Banyak hikmah sebenarnya di sebalik apa yang berlaku sekarang. Ancaman virus ni bukan lagi gurauan kerana ia mampu mengancam nyawa. Setiap anda yang bekerja di kota berisiko menjadi pembawa virus tanpa sedar yang akhirnya boleh disebarkan kepada ibu bapa di kampung yang sudah lanjut usia mereka.

Tidakkah anda tahu, kebanyakan mereka yang kronik ini adalah warga emas dan ini dilaporkan sendiri oleh portal berita Hmetro dengan angka 99 daripada 105 kematian membabitkan warga emas. Mereka lebih berisiko dijangkiti kerana faktor umur dan juga penyakit kronik.

Raya Masih On!

Ceriakan pagi raya anda dengan panggilan video call secara beramai-ramai dengan ahli keluarga. Come on! Zaman dah canggih, tiada apa yang mustahil kan?

Anda masih boleh bermaaf-maafan di pagi raya dan mungkin raya kali ini akan menjadi lebih bermakna kerana kita akan lebih menghargai ahli keluarga kita. Yela, selalu dapat jumpa depan mata, kali ni berjauhan pula. Ini lagi penting, raya takkan meriah kalau tak pakai baju raya tau. Walau hanya di rumah dan berjauhan dengan keluarga, sarungkanlah baju raya agar mood raya lebih Onz!

Ha, baju raya dah beli ke belum? Mana yang belum sempat beli baju raya, apa kata pergi je ke GM Klang. Pelbagai pilihan baju raya menarik pasti buat mood raya anda lebih best. Dengar kata, sambil membeli anda boleh beramal dengan menderma.

Beli sambil derma

Yes, GM Klang tidak ketinggalan memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan kerja-kerja amal dengan menganjurkan kempen ‘Beli Sambil Derma’ yang bermula pada 11 Mei sehingga 23 Mei nanti. Anda yang telah berbelanja sebanyak RM100 dan ke atas di mana-mana kedai di GM Klang layak untuk membeli produk istimewa yang ditawarkan dengan hanya RM2.

Setiap pembelian tersebut, GM Klang akan menambah RM3 lagi dan ini bermakna sebanyak RM5 akan disalurkan kepada badan kebajikan bagi setiap produk istimewa yang ditebus oleh para pelanggan.

Berikut adalah langkah ringkas penyertaan aktiviti “Beli Sambil Derma!” ini : 

Langkah 1: Pelanggan perlu membelanjakan RM100 dan ke atas di mana-mana kedai di GM Klang (dalam satu resit). 

Langkah 2: Resit pembelian tersebut perlu disahkan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan kami yang terletak di Tingkat 1 pada hari yang sama. 

Langkah 3: Pelanggan perlu memindahkan pembayaran ke nombor akaun bank yang diberikan & berikan slip transaksi bank ke nombor whatsapp Perkhidmatan Pelanggan kami 

Langkah 4: Pelanggan menebus produk istimewa tersebut.

Ha, kalau malas keluar, beli je secara online. Untuk memudahkan pelanggan, ada sesi ‘live’ di media sosial mereka tau yang dikendalikan oleh influencer atau selebriti terkenal untuk bawa anda di rumah melihat promosi yang ada secara dalam talian. Maknanya, anda yang duduk di luar Selangor pun boleh shopping sakan.

Sesi ini dijangka akan bermula pada 12 Mei sehingga 21 Mei nanti. Nak tahu lebih detail, pergi je ke gmklang.com atau social media rasmi GM Klang.

Kan Donna dah cakap, Raya tetap Raya kan?

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna