Raya Seorang Diri? Tak Ada Masalah, Ini Checklist Untuk Anda

Jangan pandai-pandai beranikan diri nak rentas negeri. Beraya dekat lokap kesudahannya nanti. Raya bersendirian di bandar memang menyedihkan. Tapi inilah pengalaman sekali seumur hidup sebagai langkah kita menghadapi pandemik yang membahayakan ini.

Jangan biarkan Aidilfitri anda berlalu dengan begitu sahaja. Biarpun berjauhan dari kampung, bukan bermakna anda tidak boleh menyambutkan dalam keadaan yang meriah. Ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan untuk memastikan lebaran tahun ini tetap ceria.

Jadi, berikut adalah cadangan perkara anda boleh lakukan menjelang Aidilfitri tahun ini.

BACA: Hanya 5 Orang Dalam Satu Masa Boleh Ziarah Raya Rumah Flat!

Belajar masak lauk hari raya

Sebelum ini mungkin kita hanya tolong emak dekat dapur. Dialah yang buat kira-kira menu dan perbelanjaan dapur untuk masak menu hari raya. Kali ini, nampaknya kita sendiri kena ada inisiatif untuk buat semua menu sendiri. Alah, banyak sahaja rancangan memasak dekat Youtube. Antaranya Masuk Dapur Keluar Asap.

Ubah dekorasi

Bagi memberikan kelainan dan aura baru untuk sambutan Aidilfitri, apa kata anda ubah suai rumah sedikit. Ada banyak idea yang menarik dan fresh dekat pinterest. Musim PKP ini memang agak terbatas sikit untuk keluar rumah berjalan-jalan. Jadi, beli sahaja barangan dekorasi secara atas talian. Waktu macam ini selalunya banyak sale!

BACA: Tak Ada Tetamu Datang Rumah Raya Ini, Apa Salahnya Hias Rumah Dengan;…

Baju dan aksesori

Siapa kata lebaran ini anda hanya kena busuk-busuk melepet dekat dalam bilik? Ada pahala tau untuk sambut hari kemenangan. Kalau anda tak bercadang nak beli baju baru tahun ini pun tak apa. Keluarkan baju anda yang lama, cuci dan carilah gaya tudung yang sesuai untuk raya ini. Tak salah nak cantik-cantik di pagi raya. Boleh ambil gambar dan post dekat laman sosial!

Video call kawan-kawan

Anda patutnya dah ada senarai nama kawan-kawan dan ahli keluarga untuk anda hubungi raya ini. Kita patut berterima kasih dengan teknologi kerana akhirnya kita semua boleh berinteraksi dengan semua orang. Waktu inilah kita nak memaksimumkan penggunaan telefon pintar untuk bertanya khabar dan memohon kemaafan di hari mulia.

Siapa kata tak ada benda yang kita boleh buat raya ini? Kita masih boleh menjadi seorang yang optimis di hari lebaran. Jangan duduk menangis sahaja dalam bilik tau. Marilah kita menyambut kedatangan Syawal dengan perasaan gembira dan bersyukur dengan apa yang ada.

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna