Raya Ketika PKPB, Apakah Hikmahnya?

Dunia dilanda wabak yang merbahaya telah meragut lebih 300 ribu nyawa dalam jangka masa hampir setengah tahun. Wabak yang dinamakan Covid-19 ini juga menyerang Malaysia dan keseluruhan kes di Malaysia kini semakin meningkat dengan angka terkini setakat arikel ini ditulis, 114 kematian.

via GIPHY

Disebabkan Covid-19 ini banyak perkara terjejas dan yang paling pastinya menjejaskan sambutan perayaan Aidilfitri di Malaysia ini. Tiada lagi perjalanan pulang ke kampung meredah jalan raya yang sesak sambil mendengar lagu raya. Tiada lagi aktiviti kunjung mengunjungi di antara sanak saudara serta tidak dapat bertemu ahli keluarga yang jarang berjumpa.

Foto:Berita Harian

Ini semua kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menghalang kita dari merentas negeri, melakukan majlis sosial dan sebagainya. Tapi ini semua pengorbanan yang kita perlu ambil demi membasmi penularan Covid-19. Namun apa hikmahnya dan apa yang anda akan pelajari di sebalik sambutan raya pada tahun ini?

Baca:AJ+ Salahkan Malaysia Kerana Tidak Terima Pelarian Rohingya?

Bersederhana di dalam Perayaan

Perkara yang kita akan dapat dan pelajari adalah kita melakukan perayaan Aidilfitri secara bersederhana dan tidak melebih-lebih. Setiap kali musim raya selalu sangat kita lihat bagaimana individu menukar segala yang ada di rumah dengan perkara yang baru.

via GIPHY

 

Ianya hingga mendatangkan pembaziran contohnya seperti kereta baru, sofa baru, dapur baru dan sebagainya. Jadi mungkin tahun ini anda dapat mengawal diri dari melebih-lebih dalam menyambut Aidilfitri.

Kurangnya Pembaziran

Ketika musim perayaan Aidilfitri selalunya akan ada banyak rumah terbuka yang diadakan tak kira lah dari sekecil-kecil rumah hinggalah sebesar-besar rumah pasti ada yang membuat rumah terbuka. Ianya adalah perkara yang baik kerana kita memberi makanan dan menyambut perayaan bersama-sama secara meriah.

via GIPHY

 

Namun setiap majlis tidak kiralah majlis kahwin ataupun majlis rumah terbuka, risoko terhadap pembaziran makanan tetap ada. Ketika Ramadan tahun ini juga dapat dilihat pengurangan pembaziran makanan disebabkan tiadanya bazaar Ramadan. Jadi ianya pasti mengurangkan pembaziran ketika Aidilfitri juga.

Lebih Menghargai Masa Bersama Keluarga

Perkara yang kita belajar ketika musim PKPB ini adalah masa yang berharga bersama keluarga. Tidak kira lah buat mereka yang jauh dari keluarga ataupun mereka yang dekat dengan keluarga, semuanya pasti akan sedar betapa pentingnya masa dengan keluarga.

via GIPHY

Pada raya tahun ini pula apabila diberitahu bahawa kita tidak boleh pulang ke kampung menjadikan kita lebih sedar masa yang diberikan kepada keluarga bukan hanya perlu diberi ketika Aidilfitri sahaja, namun kita perlu sentiasa menyediakan masa untuk keluarga kita tidak kira bila.

Memahami Erti Aidilfitri Yang Sebenar

Hari raya Aidilfitri bukan lah tentang membeli pakaian baru yang cantik atau hiasan rumah hanya untuk bermegah-megah sahaja. Ianya tentang kita meraikan kemenangan dalam berpuasa penuh melawan nafsu diri dan menjadikan diri kita lebih dekat kepada pencipta.

via GIPHY

 

Kalau tahun ini tiada lagi ziarah menziarahi saudara, mungkin sekarang ini kita dah perlu betul memahami maksud ziarah itu sendiri. Bukannya macam tahun-tahun yang lalu anda pergi ziarah rumah saudara tapi sibuk bermain telefon sahaja. Jadi waktu ini fahamkan erti ziarah yang sebenar dan jangan lupa kan mereka yang mempunyai pertalian dengan anda.

Semoga Aidilfitri ini memberi sinar yang baru kepada anda dan menjadikan diri anda lebih baik daripada yang dulu. Semoga perayaan AIdilfitri kali ini disambut meriah namun mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Selamat Hari Raya.

 

Baca:Ini Senarai Garis Panduan Solat Jumaat & Solat Sunat Aidilfitri Yang Harus Dipatuhi Oleh Negeri Perak

4 Tip Mudah Berjimat Cermat Beli Baju Raya

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna