“Raya Jangan Ziarah Kubur…” – Datuk Dr Noor Hisham

Aktiviti menziarah kubur pada pagi raya pertama sepertinya adalah antara perkara wajib yang akan dilakukan dalam kebanyakan orang Melayu. Ini kerana ingin mengambil kesempatan ketika pulang ke kampung.

Cuma ada sebahagian daripada adat orang-orang tua di Terengganu dan mungkin sebahagian negeri Pantai Timur di mana mereka menziarahi kubur selepas puasa enam.

Sumber: cariangoogle

Raya tidak seperti sebelum ini…

Tak kisahlah bila kita nak menziarah kubur asalkan mengikut adab apabila berada di kawasan perkuburan.

Tapi, seperti kita tahu, tahun ini bukanlah seperti tahun-tahun sebelum di mana bulan Ramadan tidak ada kemeriahan bazar, tidak dibenarkan pulang ke kampung bila tiba hari raya Aidilfitri dan paling mengecewakan apabila tidak dibenarkan kunjung-mengunjung lebih daripada 20 orang.

Tidak cukup dengan itu, semalam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan operasi standard (SOP) tambahan menjelang Aidilfitri ini.

Sumber: nst

“Ya, memang selalunya ada kelaziman menziarah kubur setiap kali menjelang hari raya tapi untuk tahun ini tidak ada mahupun kunjung-mengunjung,” katanya dalam sidang media COVID-19 di Putrajaya.

Tambahnya lagi, arahan ini hanya tahun ini saja dan jika semua patuh nasihat KKM, kita semua akan boleh putuskan jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat kita.

Jom kita dengarkan ucapan Dr Hisham lebih detail…

Tidak mengapalah, tak semestinya tak menziarah kubur bermakna kita lupa kepada si mati. Cukup memanjatkan doa  dan memberi sedekah Al-Fatiha pada akhir solat itu sudah lebih dari memadai.

Ini negara kita, tanggungjawab kita.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Seminggu Awal Pacak Khemah! Lebih 20 ‘Roadblock’ Rentas Negeri Dah Bermula

Hati-Hati Dengan 5 Hadis Palsu Tentang Ramadan

 

 

 

 

 

 

Sumber: metro

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna