Rasa Sayang Pasangan Anda Makin Berkurang? Ini Puncanya

Tiada siapa inginkan hubungan percintaan mereka terputus di tengah jalan. Semuanya mengimpikan pengakhiran yang bahagia di mana mereka berdua berjaya melayari bahtera sehingga ke hari tua.

Namun, ingatlah sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Terbuktilah dalam hubungan tidak semuanya indah tetapi, jika dua insan saling memahami, bertolak ansur dan  memberi usaha dalam mempertahankan tali hubungan tersebut, InsyaAllah, berkekalan hingga ke Jannah!

Malangnya, ramai di antara anda semua terlepas pandang dengan perkara kecil yang mungkin menyebabkan perasaan sayang pasangan anda makin lama makin pudar sehingga menyebabkan hubungan anda hambar.

Untuk memastikan anda tidak melakukan sikap yang dapat pudarkan perasaan pasangan anda. Cuba elakkan sikap di bawah ini.

Bahasa mata meluat

via GIPHY

Yang di maksudkan dengan bahasa mata yang meluat adalah eye-rolling. Mungkin ada di antara anda merasakan tindakan ini tidak memberi apa-apa kesan tetapi, jika respon ini kerap dilakukan.

Terutama sekali ketika pasangan anda sedang berkongsi cerita atau meluahkan sesuatu, sedikit sebanyak pasangan anda akan rasa menyampah sehingga menyebabkan dirinya kurang berkongsi cerita dengan anda.

Tetapi, jika anda betul-betul eye-rolling, elakkan dari pengetahuan si dia atau pun anda boleh pejamkan saja mata anda. Tak salah pun jaga hati pasangan.

Kurang komunikasi

Sumber: couple therapy

Bercakap tentang komunikasi, ini adalah elemen utama yang patut anda dan hubungan anda sentiasa lakukan pada setiap hari. Tidak kira berkomunikasi tentang apa sekali pun! Tentang apa perasaan anda, anda terasa anda, anda tidak puas hati dan lain-lain lagi. Luahkan saja!

Tapi, iyalah kadang-kadang bila ada benda yang tak puas hati dengan pasangan, mesti memilih untuk berdiam diri atau menyimpan di dalam hati. Jangan sesekali lakukan tindakan ini. Luahkan saja apa yang anda rasa.

Jangan fikir kononnya berdiam diri lebih baik daripada bersuara kerana tindakan ini perlu mengikut situasi yang sesuai. Bayangkan, jika anda berdendam, secara tidak langsung akan terkesan pada emosi yang menyebabkan anda akan mengeluarkan air muka yang tidak menyenangkan dan sering bersikap dingin dengan si dia.

Kesian pasangan anda, tak tahu apa tiba-tiba anda moody!

Melekat 24 jam!

Sumber: pexels

Ya, tahu anda dan pasangan saling menyayangi sehinggakan anda merasa si dia kena sentiasa bersama dengan anda. Allahu.. Elakkan meminta pasangan anda sentiasa bersama anda. Mungkin pada awal hubungan pasangan anda tidak merasakan apa-apa.

Bayangkan kalau berbulan-bulan? Mesti pasangan anda akan berasa bosan. Bila rasa bosan, mulalah rasa menyampah bila anda ajak berkepit 24 jam!

Anda harus ingat, pasangan anda bukan robot, dia juga manusia. Jadi, dia perlukan masa dan kenangan dia bersama rakan-rakan. Berikan kebebasan kepada pasangan anda tapi, jangan terlalu bebas, nanti anda yang kebas!

Meletakan harapan yang tinggi

Sumber: pexels

Dalam Al-Quran Allah ada berfirman, “dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.” (Q.S. Alam Nasyrah (94): 8). Jadi, elakkan berharap kepada manusia karena mereka akan mengecewakan anda. Tetapi, berharaplah hanya kepada Allah karena Dia akan memberikan yang terbaik untuk anda.

Untuk mengelakkan anda meletakan harapan yang tinggi, sentiasalah berkomunikasi. Inilah pentingnya komunikasi. Beritahu terus-terang pada dirinya apa yang anda inginkan pada pasangan anda. Lebih-lebih lagi pasangan anda yang jenis tak faham bahasa dengan hint, anda perlu berterus terang.

 

 

 

Sumber: livestrong

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna