Rasa Sakit Bila ‘Bersama’ Suami? Mungkin Berpunca Daripada Wanita Sendiri

Bila bercakap sahaja tentang hubungan seksual mesti ia melibatkan perkara yang menyeronokkan dan menghairahkan ketika bersama suami. Boleh hilang mood tau kalau tengah hangat bersama tiba-tiba anda rasa sakit semasa melakukannya atau selepas!

Mungkin anda tidak perasan sebenarnya terdapat beberapa sebab yang membuatkan aktiviti di bilik tidur menjadi tidak menyenangkan. Di bawah ada penerangannya…

Urinary Tract Infection (UTI)

Image result for women in pain

Sumber: sciencenews

Perkara yang sering dialami oleh wanita ketika melakukan hubungan intim adalah UTI. Ia membuatkan anda tidak mampu bertahan lebih lama ketika bersama suami. Menurut doktor Jennifer Landa seorang pakar sakit puan di Maitland Florida, jangkitan ini akan menyebabkan kesakitan yang berlaku pada pundi kencing dan kawasan urethral kerana ia betul-betul berada di atas vagina.zzs

Haa mesti rasa was-was kan takut anda dapat jangkitan seperti ni? Jangan risau, anda hanya perlu berjumpa dengan pakar untuk menjalani ujian air kencing supaya doktor dapat menentukan jenis jangkitan apa yang anda alami dan ubat yang sesuai anda. Tak nak makan antibiotik kerana takut berlaku keradangan? Doktor Landa mencadangkan anda hanya perlu kekal hidrasi dan ambil 500mg kranberi dua kali pada setiap hari.

Yeast Infection

Image result for women in pain during sex

Sumber: webmd

Mungkin anda tidak sedar sebenarnya ramai wanita yang telah mengalami jangkitan yis pada vagina, secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada hubungan intim anda. Ia berlaku apabila anda mengalami kegatalan pada dan berlaku keradangan pada kawasan pembukaan faraj.

Sebagai wanita, anda perlu berhati-hati apabila berlakunya jangkitan yis pada faraj kerana ia cenderung kepada jangkita yang lebih kronik dan memberi kesakitan faraj berterusan. Stop! Bila terdapat kemerahan dan kegatalan jangan lakukan hubungan seksual sehingga ianya dirawat. Bila dah hilang, anda perlu bersiap sedia hiks!

Berita Baik Untuk Anda!

Anda tidak perlu risau, kerana rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual sebenarnya boleh dikawal! Masih rasa sakit, berhenti sekejap dan cuba petua ini. Tapi kalau ianya berterusan, apa kata anda cepat-cepat dapatkan nasihat daripada pakar ye.

  • Jangan terburu-buru untuk terus melakukan tusukan zakar kepada faraj. Lakukan ‘foreplay’ sebanyak yang mungkin kerana bukan hanya dapat menghairahkan si isteri tetapi secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pelincir secara semula jadi.
  • Gunakan lube untuk membuatkan anda dan pasangan bertahan lama. Bagi anda yang mengalami masalah kekeringan.

Apa yang penting jangan takut untuk berbincang dengan suami juga ya. Suami perlu faham agar anda tidak terus terseksa dengan rasa sakit tersebut.

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna