Rasa Nak Menangis Bila ‘Tarik Mengkarung’ Menyerang

Kaki kejang berlaku disebabkan oleh kontraksi otot luar kawalan yang akan menjejaskan betis kaki.”

Kaki kejang atau orang-orang tua panggil ‘tarik mengkarung’ apabila datang tanpa diundang memang menyakitkan.  Kadangkala ketika tidur, menyarung seluar, melangkah naik tangga dan paling tragis ketika sedang berjalan tiba-tiba sahaja kekejangan. Memang nak meraung rasa sakitnya. Kekejangan otot tersebut biasanya menyerang betis dan telapak kaki serta ada ketikanya pada belakang paha. Kaki kejang berlaku disebabkan oleh kontraksi otot luar kawalan yang akan menjejaskan betis kaki.

Sumber Foto:  kumparan.com

Kekejangan otot sewaktu tidur dikaitkan dengan tanda-tanda penyakit diabetes dan masalah buah pinggang. Jika anda menghidap penyakit-penyakit ini biasanya akan mengalami kekejangan otot lebih kerap berbanding faktor lain. Apabila berlaku kekejangan otot, minta lah bantuan secepat mungkin daripada orang sekeliling. Bantuan orang kedua diperlukan bagi membolehkan otot diregangkan semula seperti biasa. Kekejangan kaki bukanlah penyakit yang serius, jadi anda tidak perlu berasa bimbang. Bagaimanapun, jika gejala itu berlaku hampir setiap hari, anda dinasihatkan berjumpa pakar.

 

Kejang Ketika Hamil

Sumber Foto: Google Image

Kaki Kejang boleh berlaku tidak kira masa, lagi-lagi buat ibu hamil. Kejang kaki semasa mengandung adalah perkara biasa sering berlaku pada waktu malam semasa trimester kedua dan trimester ketiga. Kaki kejang semasa mengandung berpunca daripada pembentukan asid laktik pyruvic ( hasil sampingan metabolisme gula dan kanji) akan menjejaskan pengaliran darah di kaki. Antara sebab lain kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda. Pengambilan vitamin yang mencukupi semasa kehamilan adalah penting untuk ibu dan perkembangan bayi dalam kandungan. Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

 

Tips Mengelak Kaki Sering Kejang 

Sumber Foto: 123rf.com

  • Buatkan senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh menarik jari kaki anda ke arah lutut anda sambil menolak tumit anda jauh dari badan.
  • Pakai stokin sokongan, anda boleh dapatkan di farmasi.
  • Lakukan regangan otot selama beberapa minit sebelum tidur.
  • Pilih kasut yang sesuai dan selesa untuk sepanjang hari.
  • Jangan berdiri dalam jangka masa yang lama.
  • Rendam kaki dalam air panas suam dengan kerap.
  • Ambil minuman berkalsium sebelum tidur.
  • Minum air yang mencukupi boleh membantu mencegah kekejangan.
  • Tinggikan kaki anda dengan bantal ketika tidur.
  • Urutkan kaki dan betis anda sebelum tidur dengan sapuan minyak panas.

 

 

Sumber: hellosehat

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna