Rangsang Puting Payudara Wanita Hingga ‘Gembira’

Merangsang puting payudara adalah satu teknik foreplay sebelum melakukan hubungan intim yang patut semua suami tahu.”

Tahu sahaja mungkin tidak mencukupi malah sebagai pasangan yang prihatin akan cuba mahir agar dapat memberi kepuasan kepada si isteri. Setiap wanita dilahirkan dengan sepasang payudara dan puting yang berbeza serta berlainan antara satu sama lain. Oleh sebab itu rangsangan yang tepat pada bahagian yang satu itu amat penting agar isteri juga dapat kepuasan dan ghairah ketika aktiviti atas katil ini dilakukan. Sebelum itu, kenal pasti bentuk payudara pasangan terlebih dahulu samada jenis berputing kecil, puting terbenam ke dalam atau puting timbul bersaiz besar.

Sumber Foto: 123rf

Puting Bersaiz Kecil – Jika anda atau isteri memiliki puting yang kecil jangan bersedih atau rasa rendah diri. Lingkaran warna gelap di sekitar puting yang dikenali sebagai areola itu sendiri sebenarnya lebih sensitif berbanding puting. Jadi untuk puting kecil, suami boleh juga cuba merangsang bahagian areola dan bahagian atas payudara.

Puting Terbenam (tenggelam atau masuk ke dalam) – Memiliki puting jenis terbenam atau masuk ke dalam juga bukan satu masalah untuk merangsang payudara. Bahagian itu masih boleh diransang dengan melakukan sentuhan lembut dan digentel sehingga puting itu naik selepas ereksi. Jika puting masih tenggelam jangan susah hati, ada kawasan lain yang boleh diberi perhatian untuk diransang dengan jayanya. Hubungan intim adalah sesuatu untuk diterokai secara gembira bukan kesempurnaan semata-mata.

Puting Timbul Bersaiz Besar – Bagi wanita dan isteri yang dianugerahkan dengan puting yang besar, mereka ini lebih senang dirangsang! Puting besar memiliki sel saraf yang lebih sensitif. Namun, suami masih disarankan untuk tidak melakukan cara merangsang puting payudara yang terlalu kasar dan ganas kerana ia mungkin boleh melukakan puting isteri kesayangan anda.

Sumber Foto: avawomen.com

Wanita dikatakan sangat menggemari sentuhan lembut dan ciuman pada payudara juga pada puting payudara. Payudara dan puting seseorang dikatakan akan mengeras apabila dirangsang mengikut kepada individu tertentu. Namun ada juga wanita yang sukar diransang walaupun pelbagai cara telah dilakukan kepada payudaranya. Sesetengah wanita berasa geli atau sakit ketika payudara disentuh. Oleh itu komunikasi yang berkesan menjaminkan hubungan seksual yang lebih sihat. Jangan malu berinteraksi dengan pasangan ya. Selamat mencuba!

 

 

 

 

Sumber: theasianparent

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna