Rancang Sambutan Hari Lahir Mengejutkan Untuk Tersayang Semudah ABC

Rancang sambutan ulang tahun kelahiran pasangan, keluarga, anak atau rakan karib bunyinya memang menyeronokkan kerana ia suatu majlis yang menggembirakan semua orang.”

Baik orang yang merancang, tuan badan yang ingin diraikan atau  tetamu jemputan memang seronok menyambut ulang tahun hari lahir dan selalunya ia pasti menjadi memori terindah dalam hidup mereka sepanjang hayat. Tetapi ramai yang mengadu, untuk membuat parti sambutan hari kelahiran sendiri bukan sesuatu yang mudah jika tidak mengeluarkan bajet yang besar. Kalau ingin menggunakan khidmat pakej perancang majlis pula pasti mahal. Sebenarnya ada cara semudah ABC agar majlis ulang tahun yang tersayang boleh disambut secara sederhana di samping kemeriahannya tetap terasa. Apa yang penting perlu ada perancangan awal yang rapi.

Sumber Foto: 123rf

  • Rancang majlis ulang tahun hari lahir perlukan sebulan bulan lebih awal. Dari situ anda sudah boleh tetapkan tarikh, masa, lokasi, juadah dan bilangan tetamu. Masa yang diperuntukan itu tidak akan menyebabkan anda kelam kabut dan stres.
  • Tema parti dan dekorasi juga penting untuk difikirkan. Lebih menyeronokkan sekiranya empunya diri diajak berbincang secara rahsia. Maksudnya, anda boleh selidik kegemaran atau apa yang mereka suka kerana dari situ anda dapat tahu apa yang mereka mahu atau impikan agar menjadi realiti. Ketika itu anda akan dapat beberapa cetusan idea untuk memilih kek dan menu.
  • Menu makanan pula bergantung kepada siapa tetamu anda. Jika jemputan adalah daripada mereka yang berkeluarga mungkin anda perlu sediakan makanan yang sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Cuma, makanan untuk majlis kelahiran itu biarlah yang ringkas dan sederhana saja bukan seperti majlis rumah terbuka hari raya.
  • Minta bantuan keluarga atau kenalan yang lain untuk membantu memudahkan kerja anda. Kadangkala mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan dari segi tenaga dan wang ringgit. Kan sudah menjimatkan sedikit perbelanjaan anda. Hehe.
  • Jika sambutan hari kelahiran hanya untuk anda berdua bersama pasangan sahaja, ia cukup mudah. Anda boleh masak sendiri hidangan kegemaran pasangan, buat sedikit hiasan deko dan hanya persiapkan diri anda semenarik yang mungkin. Jangan lupa belikan hadiah, murah pun tidak menjadi masalah. Namun kalau ada sedikit bajet yang lebih, boleh merancang kejutan sambutan ulang tahun di taman tasik, restoran atau hotel. Untuk anda berdua sahaja rasanya jumlah bayaran tidaklah terlalu membebankan berbanding mengadakan majlis yang besar.
  • Jangan lupa rakam detik indah sambutan ulang tahun kelahiran. Kerana itu yang paling penting dapat menjadi momen untuk diulang kembali pada masa hadapan.

 

IDEA KEK HARI LAHIR

Sumber Foto: pexels.com

Merancang sambutan hari istimewa yang tersayang sememangnya perlukan ketelitian walaupun hanya kecil-kecilan. Ini antara inspirasi kek bertema sebagai idea untuk parti hari jadi yang anda ingin rancang nanti.

Tema superhero

Sumber Foto: reddit.com

Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa pasti ada satu watak superhero yang menjadi idola mereka. Contohnya The Avengers, Spiderman, Superman, Robocop dan lain-lain lagi. Jadi anda boleh pilih salah satu darinya dan jadikan tema hari jadi buat mereka.

 

Tema Watak Kartun Kegemaran

Sumber Foto: Google image

Watak kartun seperti Doraemon, Hello Kitty, Snoopy, Mickey Mouse, Spongebob, dan lain-lain lagi mungkin menjadi kegemaran kanak-kanak. Tapi jangan terkejut, ada juga orang dewasa yang suka watak kartun seperti itu. Pilih salah satu daripadanya yang pasti boleh buat si tersayang tersenyum kegembiraan.

 

Tema Sukan

Sumber Foto: academyforcreativeexcellence

Sumber Foto: metroweddings.in

Khas untuk pasangan, suami atau anak lelaki yang gemarkan sukan seperti bola sepak, badminton, rugby dan lain-lain lagi bolehlah anda cuba tema ini.

 

Tema Safari atau Haiwan

Sumber Foto: cakecentral.com

Sumber Foto: bookedparties.com

Buat individu yang sayangkan haiwan bolehlah anda cuba dengan tema ini. Mungkin lebihkan kepada tema hiasan saja sudah memadai.

 

Tema Pelangi

Sumber Foto: parade.com

Seleksi warna pelangi menjadi tema hari jadi menceriakan lagi suasana parti terutama untuk wanita.

 

Tema Produk & Hobi

Sumber Foto: pintrest.com

Kalau anda mengetahui hobi atau kegemaran si birthday girl atau birthday boy ia memang bonus. Maka anda boleh sediakan kek bertema yang menjadi kesukaan mereka.

 

 

 

 

 

Sumber: thevocket

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna