Rancang Petang Yang Romantik Dengan Pasangan

Selalunya kalau nak beromantik dengan pasangan mesti nak kena tunggu waktu malam atau tiba hari istimewa macam ulang tahun perkahwinan atau ulang tahun hari jadi pasangan. Nak sambut hari istimewa ni pun tak kurang mahalnya.

Ha.. Apa kata kita tukar bentuk romantik dengan lakukan pada waktu petang hanya menggunakan usaha, perhatian dan kasih tanpa melabur duit yang banyak. Tapi, aktiviti apa je yang boleh buat?

via GIPHY

Jangan fikirkan hubungan intim. Ketepikan soal itu sebab tak semestinya beromantik dengan melakukan aktivti atas katil je. Antara perancangan yang anda boleh lakukan dengan pasangan adalah…

Si manja

Pasangan yang mempunyai cahaya mata, minta ibu bapa anda atau penjaga menjaga si manja untuk seketika. Tak lama pun, sebelah malam ambil semula. Kalau tak pun, bagi mereka permainan untuk tidak menganggu anda berdua sedang beromantik.

Pakaian

via GIPHY

Pilih pakaian yang cantik dan kemas. Elakkan penggunaan kain batik atau pakaian yang sering dipakai. Tak perlu seksi, cukup hanya anda kelihatan lain daripada biasa. Nak lagi senang, pakai pakaian warna yang pasangan anda minat. Yang penting, bahagian rambut biar bagi wow!

Menu

Bila dah berdua tu, takkan lah nak tengok muka pasangan je kan? Ha.. sediakan menu kegemaran si dia. Nanti boleh bersembang dengan membuka topik-topik indah sepanjang anda bersamanya. Ingat! Elakkan  topik yang boleh bertegang urat. Tak jadi suasana romantik nanti.

Ucapkan ‘i love you’

via GIPHY

Jika anda sering mengucapkan ‘saya sayang awak’ atau ‘ i love you’, apa kata kali ini ungkapkan melalui tulisan  di atas kertas. Misalnya, cipta dua rangkap pantun atau puisi luahan hati anda, atau buat bentuk hati pada hidangan. Itu sudah cukup buat si dia merasa disayangi.

Kalau anda mempunyai idea lain, buat je asalkan tidak menggunakan duit yang banyak. Tak semestinya melabur duit yang banyak, boleh menghdupkan suasana romantik, kadang hanya dengan ikhlas dan kasih sayang sudah buat pasangan anda tersenyum seorang diri.

 

Sumber: LS

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna