Rambut Putih Mengalahkan Orang Berusia! 5 Cara Untuk Cegah Rambut Cepat Beruban

Kemunculan uban atau grey hair boleh menjadi salah satu punca jatuhnya keyakinan diri pada golongan muda. Mana tidaknya rambut kita lebih banyak kelabu berbanding orang yang dah berusia muda!

Ada beberapa sebab kenapa terjadinya uban ni pada usia muda sepertinya, gaya hidup yang tidak sihat.Ditambah pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini boleh menyebabkan berlakunya stress. Bukan sebab apa, hal ini disebabkan beberapa perkara terpaksa ditangguhkan dan tergendala.

Perkara ini juga tidak dapat dielakkan kerana, demi menyelamatkan nyawa juga! Walau bagaimanapun, terkurung terlalu lama di rumah juga boleh menyebabkan kemunculan stress dan uban pun mula tumbuh. Namun ada beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk mencegah uban tumbuh pada rambut di usia muda. Hari ini Donna  nak kongsikan kepada anda tips itu dan jom kita amalkan sama-sama baru lah kekal muda!

Minyak Kelapa

Minyak kelapa boleh memberi banyak kelebihan pada kulit dan terutamanya pada rambut kita juga. Minyak kelapa mampu memberikan kelembapan seperti menguatkan akar rambut dan kandungan bahan di dalamnya boleh melindungi warna asal rambut dan mengekalkan kesihatan rambut.

via GIPHY

Kawal Stress

Stress ini bukan sahaja boleh menyumbang penyakit pada badan kita. Stress ini juga boleh menyebabkan rambut kita cepat berubah warna. Jadi apa yang anda boleh lakukan adalah cuba untuk kawal stress itu. Instead, you guys boleh cuba untuk melihat sesuatu perkara dengan perspektif yang berbeza. Cubalah untuk bermeditasi bagi mengawalkan stress itu dan cuba untuk melakukan senaman yoga atau senaman yang menyeronokkan seperti bersukan badminton dan sebagainya.

via GIPHY

Merokok

Jangan salah sangka, Donna cuba nak sampaikan dekat anda adalah elakkan merokok dan kalau boleh cuba hentikan tabiat buruk ini. Merokok sebenarnya bukan boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan saja, malah mampu untuk merosakkan kesihatan rambut juga! Terdapat banyak sangat risiko kesihatan daripada merokok ini. Cuba secara perlahan untuk berhenti ya. You got this!

via GIPHY

Minum Air

Sama seperti badan kita, rambut juga memerlukan bantuan air untuk mengekalkan kesihatan dan mengelakkan rambut daripada cepat beruban. Apabila badan tidak menerima air yang cukup, maka nutrisi pada rambut akan terjejas. Not only that ladies, minum air dengan kadar yang secukupnya adalah sangat penting bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan. So, drink your water!

via GIPHY

Kuprum

Kuprum ini merupakan bahan dalam makanan seperti walnut, kekacang, keladi, sawi dan daging. Makanan yang mengandungi bahan ini boleh mengekalkan warna rambut dan memberikan nutrisi yang cukup. So ladies, inilah yang diibaratkan sebagai makanan untuk rambut.

via GIPHY

Donna harap artikel ini dapat membantu anda untuk kekal muda dan kesihatan rambut anda terjaga dan cantik. Selalulah rajin mengamalkan tips ini dan semoga berjaya!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Siraplimau

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna