Rambut Kusut Di Pagi Raya? Sihatkan Mahkota Anda Dengan Cara Ini

Jangan anggan-anggan la nak rambut lembut bagaikan sutera jika anda sering menggunakan peralatan panas dan produk untuk mewarnakannya. Bagi yang tak bertudung, pasti anda akan ada masalah bagaimana nak menggayakan rambut di pagi raya? Macam mana nak lakukan hair styling kalau rambut anda kusut dan kelihatan kusam mesti susah nak buat!

Image result for women wash hair

Sumber: telegraph

Teknik Betul Cuci Rambut

Tak perlu pergi salun rambut kalau nak jimat, sebaik sahaja anda bangun di pagi raya cuci dan basuh rambut anda dengan berhati-hati. Ini kerana anda sering menggunakan teknik menarik rambut ke atas kepala kemudian syampu keseluruhan rambut. Salah tau, dengan cara itu bukan sahaja rambut anda menjadi kusut tetapi akan mengeringkan hujung rambut anda tambah pula bagi yang berambut kerinting.

Image result for dry hair with cotton t shirt

Sumber: the greener

Pakai T-shirt Keringkan Rambut

Lagi banyak geseran, makin kusut lah rambut anda. Haa sudah menjadi kebiasaan selepas mandi anda akan keringkan rambut dengan tuala dan gosok kuat-kuat kononnya untuk bagi cepat kering. Kalau tak nak rambut bersimpul di pagi raya, apa kata anda gunakan t-shirt untuk gantikan tuala dan balut rambut anda untuk perah air dari pangkal rambut hingga ke hujung.

Related image

Sumber: mobile

Baking Soda Dalam Syampu

Baking soda bukan untuk buat kek tau. Sebenarnya ia mampu bertindak sebagai tambahan skrub pada syampu anda. Jika air basuhan rambut anda mengandungi kandungan mineral yang tinggi ia akan merosakkan warna rambut. Jadi cuba trik ini dengan meletakkan baking soda ke dalam syampu seminggu sekali. Wah lepas ni confirm rambut letops di pagi raya!

 

 

 

 

 

Sumber: cosmopolitan

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna