Rambut Budak 5 Tahun Dicemburui Ramai Wanita

Ingat atau tidak bagaimana rupa dan potongan rambut anda ketika berumur 5 tahun?”

Rata-rata pasti mempunyai jenis potongan biasa dan bersesuaian dengan umur anak kecil. Berbeza dengan seorang kanak-kanak perempuan yang viral di laman media sosial kerana mempunyai rambut yang cantik walaupun hanya berumur 5 tahun! Kalau anda sedang hamil, boleh ambil peluang ini untuk menatap foto si comel ini. Mana lah tahu, orang-orang tua kata jika ingin memiliki anak yang cantik, maka kena lihat benda di sekeliling yang cantik juga.

 

Sumber Foto: Instagram Mia Aflalo

Mempunyai rambut yang cantik, berkilat dan panjang adalah antara yang menjadi idaman bagi wanita. Itu adalah kurniaan yang diberikan kepada kanak-kanak ini. Yang pasti anugerah memiliki rambut yang cantik ini pasti dicemburui ramai orang dewasa.

Sumber Foto: Instagram Mia Aflalo

Mempunyai lebih 110k pengikut di laman Instagram, penampilan Mia Aflalo, dari Tel Aviv cukup dikagumi kerana miliki sepasang mata hijau dan senyuman manis, serta rambut hitam yang lebat, pekat dan berkilat. Boleh dikatakan sempurna digayakan dalam apa jua gaya. Tak percaya, lihat pada koleksi gambar yang dikongsi di Instagram.

Sumber Foto: Instagram Mia Aflalo

Baru berumur 5 tahun sudah menempa nama kerana telah berkerjasama dalam British Vogue versi web. Penggaya rambut, Sagi Dahari dilaporkan membantu menjadikan Mia sebagai bintang yang semakin meningkat.

Sumber Foto: Instagram Mia Aflalo

Menurut Sagi lagi, walaupun masih kecil Mia sangat mudah untuk bekerja, tidak mengadu dan sanggup menunggu dengan sabar dan murah senyuman, menjadi dia model kanak-kanak kegemaran sehingga ramai memanggilnya “Princess Mia”.

Sumber Foto: Instagram Mia Aflalo

Apabila menjadi perhatian dan popular dek kerana rambut yang ikal dan cantik, Mia dilamar banyak agensi modeling dan menerima pelbagai tawaran pengambaran. Bagaimanapun kerana terlalu dipaparkan kepada umum, ibu bapanya dikecam hebat kerana dikatakan umpama mengeksplotasi kanak-kanak dan membahayakan keselamatan anak tersendiri yang cederung menjadi sasaran si pedofelia. Netizen mengatakan terlalu awal untuk kanak-kanak seperti Mia mendapat kemasyuran.

 

Sumber: Dailymail.co.uk

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna