Ramai Yang Salah Cara Guna Cream Bawah Mata, Bukan Main Sapu Je Tapi…

Tanda awal untuk mengetahui penuaan pada wajah berlaku adalah bahagian mata di mana garisan halus dan eye bag akan timbul. Ha, cuba belek mata dekat cermin sekarang. Mana tahu ada, yang ada tu, kena la buat sesuatu! Jangan biarkan je. Kita ni perempuan, kecantikan kena diutamakan walau sesibuk mana pun kita.

Mungkin ada di antara kita fikir menjaga bahagian mata cukup sekadar dengan meletakkan krim sebelum tidur tapi sebenarnya ada faktor lain yang anda perlu titik beratkan. Itu yang kadang-kala bila kita pakai krim mata, ada yang tak menjadi. Ini disebabkan salah cara pakai krim mata tu.

Ha.. Mesti nak tahu bagaimana cara sapuan krim mata dengan betulkan? Jom belajar ikut langkah yang betul mengikut nasihat dari Skin Doctors.

Gunakan jari manis

Ramai yang pandang enteng tentang penggunaan jari ketika menyapu krim. Iyalah, bagi kita jari mana-mana pun sama je, janji sapu. Tapi, sebenarnya penggunaan jari memain peranan juga kerana setiap saiz jari berbeza.

Jadi, hujung jari manislah yang paling sesuai untuk untuk menyapu krim di bahagian bawah mata. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tak percaya, lepas ni cuba guna jari manis. Rasai perbezaan dia. Mesti lebih selesa.

via GIPHY

Dab, bukan sapu

Ha! Ni mesti ramai yang suka main sapu je dekat bawah mata kan? Agak-agak dah rata, terus rasa puas hati. Salah sebenarnya tu, menurut salah seorang penasihat daripada Skin Doctors, cara sapuan yang betul adalah dengan dab dab dab krim mata menggunakan jari manis sehingga rata. Jangan dab terlalu kuat atau terlalu perlahan tapi just nice.

via GIPHY

2 kali sehari

Kalau sebut pasal krim mata ni, mesti ramai yang ingatkan mata penat jadi perlu disapu pada sebelah malam sebelum tidur je tapi seeloknya letak 2 kali sehari iaitu selepas cuci muka pada waktu siang dan malam.

Rasanya sekarang dah jelas cara sapuan krim bawah mata dengan betul. Pastikan buat tau? Bukan apa, sebelum ada suara-suara halus tegur eye bag kita, lebih baik kita ambil langkah awal dengan mencegah terlebih dahulu. Banyak lagi produk menarik penjagaan kulit terutama bahagian mata ada di Sasa dengan kempen terbaru Beauty Around The World 2019!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel di sini:

Nak Mata Yang Sihat & Bersinar, Ikut Je Tip Ni ,

Contact Lens Punca Mata Buta Jika Lakukan 4 Kesilapan Ini

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna