Kacang hitam ni mesti ada kat Cendol dengan ABC, apa function dia ye?,”

Fakta tentang kacang hitam adalah meningkatkan imun tubuh badan, mengelakkan sembelit, meningkatkan stamina tubuh badan dan mencegah penyakit anemia. Tetapi tidak ramai yang tahu. Jadi, pada artikel ini, kita akan bincangkan manfaat bijirin kecil ini.

Kacang hitam juga merupakan penyedap makanan serta salah satu pilihan makanan yang paling tepat bagi penggemar sayur-sayuran tetapi yang kurang gemar sayur-sayuran pun ada juga yang makan kacang hitam ini. Tambah pula, ia mempunyai nutrisi iaitu serat, zat besi, mangan, kalsium, vitamin A, protein, kalsium, antosianin, flavonoid, omega 3 dan juga asam folat yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Sumber: kacangmerah

Antara manfaat makan kacang hitam adalah stabilkan proses pencernaan. Hal ini kerana, kacang hitam mempunyai kandungan protein dan serat yang mampu memberi kelancaran sistem pencernaan dan mengurangkan kolestrol dalam badan. Jadi, yang mana sembelit tu, amalkan pengambilan kacang hitam ini.

Seterunsnya, disebabkan kacang hitam mempunyai flavonoid pada kulit hitamnya, ia mampu mencegah badan kita dari penyakit kanser dan serangan jantung. Jadi, jangan ingat warna hitam ni  perkara yang berunsurkan negatif je! Tapi warna hitam ada fungsi yang bagus dalam tubuh badan kita.

Malah, kacang hitam mampu membantu mencegah tekanan darah, membentuk pembentukan tulang dan kerangka tubuh kerana ia mempunyai sumber kalsium yang tinggi sehingga mencapai 46 per miligram, serta mengandung potasium sekitar 611 miligram. Nampak je buruk warna kacang ni tapi, impak nutrisi dia sangat bagus!

Selain itu, kacang hitam boleh dijadikan teh minuman dalam proses mengurangkan berat badan juga. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana kacang hitam ini diproses menjadi teh. Senang saja! Hanya ikut arahan di bawah dan anda boleh kurus!

Sumber: favy

Bahan-bahan;

  1. Kacang Hitam 100 gram
  2. Air 1 liter

Cara proses air Teh Kacang Hitam;

  1. Masukkan 100 gram kacang hitam ke dalam kuali.
  2. Panggang dan gaul sehingga 10 minit.
  3. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk bersama kacang hitam yang sudah dipanggang tadi.
  4. Rebus selama 10 minit.
  5. Kemudian, tutup kuali tersebut dan biarkan selama 15 minit.
  6. Akhir sekali, tuang air rebusan kacang hitam tadi ke dalam cawan.

Tara! Itulah mandaat. Siapa nak kurus? Boleh guna tips ini. Selamat mencuba!

Sumber: KhasiatMeet Doctor