Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Anda Kena Buang Air Kecil Lepas Hubungan Intim!

Mungkin anda dah biasa dengar apa yang anda kena lakukan sebelum melakukan hubungan intim bersama suami. Tapi, tak ramai nak cerita apa yang anda kena lakukan selepas melakukan hubungan seksual. Sebenarnya, salah satu benda yang anda kena lakukan selepas bersetubuh dengan suami ialah buang air kecil.

Sebenarnya buang air kecil selepas beraksi boleh menjauhkan anda daripada terkena risiko jangkitan saluran kencing ataupun dikenali sebagai ISK. Aik, apa pula kaitannya? Ha, baca sampai habis tau artikel ini!

BACA: 3.8 Million Wanita Menderita Dengan Breast Ironing Elak Risiko Mangsa Seksual

via GIPHY

Menurut ahli ginekologi, Alan B Copperman, seks sering dikaitkan dengan bakteria yang datang dari anus dan masuk ke saluran kencing. Apa yang merisaukan ialah jika bakteria yang masuk itu membiak, ia akan menyebabkan kerosakan pada bahagian ginjal dan uterus.

Perempuan adalah golongan yang selalu terkena ISK berbanding lelaki. Ini kerana urterus wanita adalah lebih pendek berbanding lelaki. Ia menyebabkan perjalanan bakteria ke sistem saluran kencing menjadi lebih cepat. Apalagi kedudukan anus dan vagina yang berdekatan menguatkan lagi kemungkinan bakteria memasuki vagina.

via GIPHY

Oleh itu, buang air kecil selepas melakukan hubungan intim sangat penting. Air kencing bakal membersihkan bakteria sebelum menuju saluran air kencing. Ini kerana, kita tak tahu kemungkinan bakteria boleh berpindah daripada anus ke vagina setelah beberapa kali melakukan hubungan seksual.

BACA: Alert! Rakan Sekerja Tiba-Tiba Asingkan Diri Petanda Terkena Gangguan Seksual

Namun begitu, anda juga tak bolehlah memaksa diri sendiri untuk buang air kecil selepas melakukan hubungan seks. Ini kerana, satu dan dua titis urine tak cukup untuk membersihkan saluran air kencing. Jadi, anda disarankan untuk minum air secukupnya untuk memastikan cecair dalam tubuh anda cukup untuk buang air kecil.

via GIPHY

Kebersihan sebelum dan selepas melakukan hubungan seksual sangat penting dan sepatutnya diberi perhatian oleh semua pasangan. Jika kita mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, kedua-dua pasangan akan terselamat daripada terkena jangkitan seterusnya berasa selesa untuk melakukan hubungan badan antara suami isteri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN Indonesia

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna