Ramai Tak Perasan, Kenapa Meja Dekat Starbucks Bentuk Bulat?

Kalau anda peminat tegar kopi, entah berapalah duit yang boleh dihabiskan dalam seminggu untuk minum secawan kopi dekat Starbucks. Kalau tak pergi Starbucks sehari, mulalah badan rasa tak kena. Hidup ini rasa tak lengkap.

Starbucks bukan hanya terkenal sebab kopi, tapi sebab tempatnya selesa dengan internet laju dan senang nak cari inspirasi untuk melunaskan kerja. Sebab itu ramai yang tak kisah untuk duduk seorang diri lama-lama dekat Starbucks. Betul tak?

Tapi, agak-agaknya anda perasan tak yang kebanyakan meja dekat Starbucks bersaiz bulat. Berbeza dengan cafe lain yang selalunya bersaiz empat segi?

BACA: Jangan Lebih: Jangan Kurang, Ini Fakta Garam Yang Mungkin Anda Tak Tahu Lagi

Sumber: Pinterest

Sebenarnya, ada sebab tau kenapa saiz meja ini berbentuk bulat. Rupanya meja sebegini dipilih untuk mengurangkan perasaan sunyi kepada pelanggan yang datang. Jadi, kalau ada pelanggan yang datang seorang diri tanpa kawan-kawan, mereka tak la rasa sendu sangat waktu minum kopi.

Menurut Karen Blumenthal dalam bukunya Grande Expectations, meja bulat memiliki aura yang lebih ramah berbanding meja bersaiz petak. Selain itu, antara sebab lain yang signifikan kenapa meja saiz bulat dipilih ialah untuk menggalakkan komunikasi sesama pelanggan.

Pakar psikologi berpendapat kita akan mempunyai komunikasi yang lebih baik apabila berinteraksi face to face berbanding duduk sebelah menyebelah.

BACA: Fakta Yang Ramai Belum Tahu Makan Kulit Ayam Bagus Untuk Jantung

Sumber: WFC Architects

Memandangkan ramai yang suka minum kopi seorang diri. Starbucks pun pilih meja saiz bulat supaya orang lain tak berapa perasan kalau pelanggan itu duduk seorang diri. Keadaan ini berbeza kalau anda duduk dekat penjuru kafe dengan meja yang bersaiz petak. Ini kerana, meja bersaiz petak menampakkan anda mempunyai ruang yang banyak di kiri dan kanan.

Starbucks telah memperoleh keuntungan kira-kira 14 billion dalam industri ini. Jadi, ada sesiapa cadang nak pergi Starbucks ? Jangan lupa ajak Donna lepas PKPB habis tau.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna