“Ramai Perempuan Nak Shopping!” – Orang Kota Bharu Serbu Aeon Mall

Shopping dan perempuan tak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi kalau ada jualan potongan harga, lagilah rambang mata mereka dibuatnya!

Sayangnya, bila musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni semua pergerakan jadi terhad sampaikan aktiviti kunjung mengunjung dan menziarah kubur pun tak boleh.

Malah, Perdana Menteri turut mengingatkan orang ramai perayaan Aidilfitri tahun ini tidak disambut meriah seperti kebiasaannya. Malangnya, lain pula terjadi di Bandar Kota Bharu, Kelantan apabila sebuah video tular menunjukkan orang ramai sanggup beratur panjang untuk masuk ke pusat membeli-belah Aeon Mall.

Kebanyakannya wanita…

Perghhh. Ramainya nak masuk shopping dalam Aeon Mall KB !! http://maafsebut.blogspot.com/?m=1Video credit to zamoney omar

Posted by Maafsebut on Thursday, May 14, 2020

Lihatlah, sanggup mereka berhimpit dan berpanas beratur panjang. Sedihnya lagi, kebanyakannya adalah wanita. Tak tahulah nak beli apa kat situ, apakah barang tersebut penting?

Kalau perhatikan pada akhir video tersebut, kebanyakan mereka tidak mengikut SOP sampai dimarahi dengan pihak berkuasa kerana tidak mengamalkan penjarakan 1 meter.

Membelilah mengikut keutamaan, sayangilah kesihatan anda.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tak Ikut SOP, Anak Kecil Dibenarkan Masuk Dalam Premis Jakel

Cara Kekal Produktif Walaupun PKPB Dilanjutkan

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna