Ramai Menyirap Tengok Cerita Baru Korea Ini, Sampai Ada Cuak Nak Kahwin!

Baru lapan episod ditayangkan, drama rantaian Korea terbaharu bertajuk A World Of Married Couple ini meletup dan laris laku di Malaysia bak pisang goreng. Lari dari kebiasaan cerita Korea yang selalunya romantik dengan pelakon berwajah muda. Kali ini, plot cerita sangat lain dan berbeza.

Cerita ini mengisahkan tentang sisi gelap rumah tangga dan hubungan suami isteri yang tidak ramai ingin perkatakan. Rumah tangga yang kini bahagia musnah apabila suami ada perempuan simpanan. Rupa-rupanya dah bertahun-tahun jugalah si suami curang.

Kalau anda tengok cerita ini, setiap episod ada sahaja insiden yang boleh buat mulut anda laju sahaja nak sumpah seranah. Wujud rupanya perempuan yang memang suka tengok air mata perempuan lain.

Pengkhianatan dan tekanan psikologi

Rupanya watak utama cerita ini iaitu Ji Sun Woo telah ditipu dan dikhianati buta-buta oleh sahabat karibnya. Puaslah dipaksa suami mengaku, sampai ke sudah suaminya tak nak jujur.

Dalam cerita ini dapatlah dilihat bagaimana kentalnya perempuan nak hadapi kemelut rumah tangga. Bukan itu sahaja, ada banyak perkara perlu difikirkan bila berkaitan soal kebajikan anak.

Drama itu juga mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju cerita terbaharu dari Korea Selatan ini memang mengujakan dan memiliki plot cerita yang mendebarkan. Ada juga yang sedih dan berdoa agar rumah tangga mereka tidak jatuh ke dalam situasi yang sama.

Katanya di Korea, episod pertama siri ini sudahpun mengalahkan drama Itaewon Class yang sebelum ini memegang  rating tertinggi. Tahniah! Tak sabar betul nak tunggu episod seterusnya.

Oh ya, kalau anda geram sangat, bawa mengucap. Jangan sampai balik periuk belanga dekat dapur itu tau. Tak pasal-pasal pecah pula skrin televisyen anda nanti! Hiks.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Soompi

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna