Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang Perkara Ni Bila Mendidik Anak

Baru-baru ni sebuah video tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan seekor anak kucing mati selepas dibaling dari tingkat dua oleh budak-budak, kesiannya anak kucing tak bersalah menjadi mangsa. Nak salahkan budak-budak pun tak boleh juga sebab mereka tak tahu apa-apa.

Tapi, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dari kecil lagi kita kena didik mereka untuk menyayangi semua benda  yang hidup di muka bumi ni tak kira lah dengan binatang, alam sekitar atau tumbuh-tumbuhan.

Kalau tak dididik, mereka akan sangkakan benda yang hidup selain manusia boleh diperlakukan sesuka hati. Misalnya, seperti video di atas. Kalau dari kecil pun membunuh binatang, bayangkan bila dah besar.

Ya, nampak je perkara ni ringan dan sangat ringan tapi percayalah ia memberi impak yang besar pada generasi akan datang. Bukan bermaksud untuk tidak mengapa-apakan semua binatang dan serangga. Sekurang-kurangnya bagitahu mereka perkara ni bila berhadapan dengan haiwan:

  1. Binatang apa yang patut disayangi. Tekankan haiwan yang menjadi pilihan Rasulullah SAW.
  2. Jika ternampak binatang yang haram dipegang seperti babi atau anjing, elakkan terap perasaan benci atau mengkasari haiwan tersebut tapi pesan untuk menjauhkan diri daripada binatang haram.
  3. Jenis serangga apa yang sunat untuk dibunuh. Misalnya cicak, lipas dan semut kemudian terangkan kenapa. Mereka ingin tahu kerana kanak-kanak sedang belajar dan apa yang kita pesan, itu yang mereka akan ikut.

via GIPHY

Selain itu, mungkin anda boleh menggalakkan mereka untuk membela satu jenis haiwan peliharaan atau tumbuhan untuk semaikan perasaan sayang selain manusia dalam diri mereka. Misalnya bercucuk tanam pokok bunga kegemaran mereka, membela hamster, arnab, kucing atau ikan.

Pastikan haiwan yang dibela tak membahayakan dan bukan serangga perosak. Atau pun, anda juga boleh bawa mereka ke Aquaria KLCC untuk membawa mereka melihat kehidupan laut dengan lebih dekat sekaligus dapat menerap perasaan rasa sayang terhadap haiwan.

Menariknya lagi, anda juga boleh dapatkan harga tiket murah di Superdeals! Klik saja di sini.

 

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pakar Haiwan Wanita Dibaham Buaya Melompat Tarik Mangsa Ke Dalam Kolam ,

 Pendedahan Secara Praktikal, Bawa Si Manja Meneroka Haiwan Liar

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna