Ramai Ibu Bapa Salah Sukatan Beri Anak Makan Ubat Demam

Kesilapan yang seringkali berlaku ketika ibu bapa beri anak makan ubat demam adalah mengikut umur, sedangkan ubat demam sebenarnya perlu disukat mengikut berat badan.”

Menjaga anak kecil semasa mereka sedang membesar cukup mencabar. Pada tahap usia baru lahir hingga kanak-kanak, sistem ketahanan badan mereka masih lemah, oleh sebab itu si manja senang untuk jatuh sakit. Antara penyakit yang lazim menyapa anak kecil ialah demam panas. Sebagai ibu bapa, anda harus mengetahui sekurang-kurangnya fakta asas tentang penyakit yang mudah menyerang kanak-kanak ini seperti suhu badan. Suhu badan normal si kecil yang sihat adalah daripada 36.5 darjah celcius sehingga 37.8 darjah celcius. Suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara umumnya anak kecil tidak dianggap demam kecuali apabila suhu badannya melebihi 37.7 darjah celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah celcius pada waktu petang.

Sumber Foto:tdibrandz.com

Jika suhu badan anak meningkat anda juga perlu tahu langkah-langkah awal yang boleh diambil di rumah sebelum membawanya berjumpa doktor. Antaranya:

  • Beri anak minum banyak air jika berumur lebih 6 bulan ke atas.
  • Tanggalkan pakaian atau pakaikan pakaian yang nipis.
  • Berikan anak ubat demam jenis paracetamol, diclofenac atau ibuprofen. EIak memberi anak makan ubat jenis aspirin.

Namun, untuk memberi si kecil makan ubat, segelintir ibu bapa hari ini melakukan banyak kesilapan. Kesan memberi ubat dalam kuantiti yang salah akan menyebabkan kemudaratan. Satu perkongsian daripada saudara Khairul Faizie dilaman sosialnya membuka mata ramai ibu bapa akan cara sebetulnya untuk memberi anak-anak makan ubat demam.

 

Sambungan petikan Facebook Khairul Faizie:

Kesilapan yang seringkali berlaku bila parents bagi ubat IKUT UMUR. Sekian-sekian mL utk umur 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun…etc. Sila ikut berat badan anak ya. Ada budak umur 3 tahun yang berat macam budak 5 tahun. Ada pula yang umur 5 tahun macam budak umur 3 tahun. So dos ubat ikut umur tidak tepat. KESILAPAN lain ialah salah kira dos ubat ( dah ambil kira berat anak), sebab salah persediaan. Di sangka ubat paracetamol yang 120mg / mL, rupa rupanya guna Paracetamol yang 250mg/ 5mL. So perhatikan label betul betul. Kadangkala, doktor / ahli farmasi mungkin terlepas pandang masa bagi ubat ni. Ada formula berapa banyak Paracetamol dalam miligram yang perlu dibagi ikut berat badan anak.

Apa formulanya?

15mg / kg of Paracetamol, every 6 hours
Ini formulanya. Maknanya, kita bagi 15mg ubat Paracetamol utk setiap 1 kg berat badan anak. Ulang ubat setiap 6 jam.* Formula ini terpakai utk kanak2 yang beratnya <50KG ya.

Contoh:

Berat anak 20 kg.
So berapa ubat Paracetamol yg patut anak kita dapat?
15mg X 20kg = 300mg Paracetamol setiap kali kita suapkan dia ubat Paracetamol.

Kalau kita guna persediaan Paracetamol 120mg / 5mL, berapa banyak nak bagi ( berapa mL) utk dapatkan 300mg tu?

Kiraan nya:
300 / 120 x 5mL
– 2.5 x 5mL
= 12.5mL

So, kita bagi anak 12.5mL ubat Paracetamol 120mg/5mL setiap 6 jam. Perhatikan, kalau kita beli Paracetamol 250mg pulak berapa mL perlu bagi?

300 / 250 x 5mL
– 1.2 x 5mL
= 6.0mL

Jadi, kita bagi anak 6mL ubat Paracetamol 250mg/5mL setiap 6 jam. Nampak tak, beza 12.5 mL vs 6 mL ? Kesilapan boleh berlaku kalau kita salah guna formula. Kalau malas nak buat kira kira ni, guna je kalkulator online ni, mudah:

omnicalculator

Pastikan anda masukkan berat & solution strength yang betul dalam calculator tu ya. Oleh kerana unit bagi ‘solution strength’ dalam online calculator tu ialah per 1mL , maka hasil akhir ‘solution amount’ itu anda perlu kali dengan 5 ya, utk dapatkan total berapa mL perlu dibagi. Pastikan juga ya, jangan bagi jumlah melebihi 3750 mg Paracetamol dalam masa 24 jam. Formula maksimum dos dalam 24 jam ialah 75 mg / kg in 24 hours. Maksimum dos ini termasuklah ubat Paracetamol dalam bentuk suppository (maknanya kalau kita ada guna ubat syrup + suppository). Ambil contoh anak yg berat 20kg tu, so maksimum dos yang dia boleh ambil sehari semalam ialah 75mg x 20 = 1500mg. Perhatikan, kalau ikut kiraan berat di atas, kita bagi 300mg setiap 6 jam. So total 24 jam = 1200mg. Ini dalam range safe dose over 24 hours.

 

 

Dapatkan promosi menarik di Clinelle dengan hanya klik link ini.

 

 

 

 

Sumber: Facebook Khairulfaizie myhealth.gov.my

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna