Ramai Ibu Bapa Bunuh Potensi Anak Tanpa Sedar Tau!

Hampir semua ibu bapa mempunyai sikap sangat melindungi anak-anak mereka tidak kira berapa pun usia anak.”

Bagi mereka dapat melindungi anak adalah tugas dan tangungjawab yang perlu dilakukan agar mengelak darah daging daripada tersalah langkah atau berdepan dengan bahaya disekeliling atau berkaitan dengan kesihatan. Dari kecil anak akan didik dengan perkara-perkara asas yang sering dilakukan oleh ibu bapa di dunia. Bukan itu sahaja malah didedahkan dengan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan yang mempunyai sebab tertentu. Tetapi adakah anda sedar kadangkala perbuatan ibu bapa kononnya untuk mendidik atau melindungi anak itu adakalanya telah membunuh sikap dan potensi seorang anak tanpa disedari.

Setiap individu pernah merasa muda dan berada pada usia kategori kanak-kanak atau remaja. Pasti anda juga mempunyai situasi tertentu yang menghalang anda daripada terus mencapainya akibat dihalang oleh ibu bapa atau perlu mengikut tunjuk ajar dan nasihat orang yang lebih berusia.

Sumber Foto: pexels.com

Tenang ya ibu bapa semua! Tidak semua yang anda anggap betul adalah baik dan tidak semua yang anda anggap salah adalah malapetaka. Antara sifat dan sikap yang dilakukan tanpa sedar dan boleh menghapuskan potensi atau keistimewaan anak anda adalah seperti di bawah.

 

  • Tidak Bawa Anak Lakukan Aktiviti Luar

Sumber Foto: pexels.com

Membawa anak lakukan aktiviti di luar memberi banyak manfaat terutama bagi kemahiran motor seperti berlari, memanjat, melompat, bermain pasir, memijak rumput, memegang daun dan ranting. Aktiviti ini akan menggalakkan sensori anak secara optimum! Jika ada peluang, jangan sesekali melarang anak bermain hujan diluar rumah. Berani atau tidak? Cuma pastikan ketika itu hujan sudah turun sekitar 15 minit dan tiada guruh atau petir kelihatan. Pantau juga keselamatan anak.

  • Tidak Beri Anak Peluang Membuat Keputusan

Sumber Foto: pexels.com

Sesekali dengan suara anak dan biarkan dia membuat keputusan. Perasan atau tidak, ibu bapa seringkali memberi arahan dan membuat keputusan yang remeh temeh. Seperti menentukan apa pakaiana yang perlu dipakai anak, gaya rambut,  memberi arahan agar anak bermain permainan itu dan ini atau memaksa anak memakai kasut yang tidak digemari.

  • Tidak Beri Peluang Mencuba Perkara Baru

Sumber Foto: pexels.com

Contoh paling terdekat, jika berada di dapur, ibu atau bapa akan mengarahkan anak-anak kecil menjauhi mereka. Kononnya bahaya berada diruang dapur yang mempunyai banyak peralatan tajam dan panas. Sebenarnya di dapur terdapat banyak peluang untuk anak-anak belajar seperti mengetahui  tentang sayur-sayran, menghidu rempah ratus  dan merasa kulit buah nangka. Proses ini membantu dalam perkembangan otak dengan adanya penglibatan aktif yang  merangsang kesemua deria yang ada. Cara ini akan membuatkan anak lebih  faham dan mengingati apa yang dipelajari.

  • Masa Menonton TV & Gajet Tidak Dikawal

Sumber Foto: 123rf

Perkara ini telah menjadi kebiasaan ibu bapa moden dan yang kurang mengambil berat tentang masalah dan keburukan yang mendatang di kemudian hari. Siaran televisyen dan gajet secara halus banyak mempengaruhi minda si manja. Bukan tidak boleh didik anak-anak dengan teknologi, tetapi penggunaannya perlu dipantau dan dikawal. Cuba hadkan masa untuk menonton televisyen atau menggunakan gajet hanya untuk masa dan hari tertentu sahaja.

  • Kurang Galak Anak Bermain

Sumber Foto: pexels.com

Bermain itu fitrah kanak-kanak. Jangan terlampau menekan si kecil dengan ilmu pembelajaran melalui buku sahaja. Biarkan anak bermain dan meneroka dunianya sendiri. Seperti aktiviti di luar rumah, bermain juga adalah proses perkembangan minda yang baik. Anda boleh patau permainan anak dengan turut serta dalam dunia ciptaannya. Ia pasti menyeronokkan!

  • Tidak Mengambil Berat Persekitaran Di Rumah

Sumber Foto: 123rf

Persekitaran rumah yang bersih dan kemas adalah punca kebahagian, keharmonian dan kegembiraan bagi penghuninya. Namun, jangan sekat untuk adakan ruang untuk anak meneroka. Contohnya wujudkan tempat khas untuk anak bermain doh, membuat origami, atau membina bangunan. Jangan anggap anak seringkali mengjengkelkan kerana gemar membuat sepah dalam rumah. Selesai sahaja anak melakukan aktiviti bermain atau kraftangan, anda boleh mendidik dan mengajar anak agar membersihkan kembali sudut atau persekitaran tersebut.

  • Membiarkan Soalan Anak Tidak Dijawab

Sumber Foto: 123rf

Anak yang bijak adalah anak yang suka bertanya. Jangan sesekali menyuruh anak diam atau tidak menjawab pertanyaannya.

  • Tidak Bonding Dengan Anak

Sumber Foto: pexels.com

Pastikan anda luangkan masa bersama anak untuk bermain, bertanya khabar, berbual atau makan bersama sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari. Ramai ibu bapa yang sibuk menghabiskan masa dengan gajet hari ini sehinggakan kadangkala lupa untuk bertanya aktiviti apa yang dilakukan anak di sekolah atau rumah pengasuh.

 

Sumber: FB Alfateh Home Schooling

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna