Ramadan Tiba Lagi, Ambil Peluang Untuk Belajar Berhenti Merokok

Bila di minta berhenti merokok, katanya sukar untuk berhenti dan perlu ambil masa. Jadi, bila masa yang sesuai?

Ada suara-suara asing berkata itu hak individu. Benar, ia hak individu tapi kerana hak individu inilah kesudahannya akan memudaratkan diri sendiri sekaligus boleh memberi kesan buruk kepada orang sekeliling. Ini kerana asap rokok yang dihembuskan keluar dari mulut boleh menjejaskan kesihatan orang lain. Lebih teruk lagi, kesannya lebih kurang sama dengan perokok.

via GIPHY

Kini sudah menjelang Ramadan 1440 Hijrah, tidakkah anda terfikir ini adalah masa yang sesuai untuk anda belajar berhenti merokok? Iyalah, lebih kurang 13 jam anda perlu menahan diri dari menghisap rokok. Jika nak diikutkan ini adalah satu pencapaian yang bagus! Kalau sebelum Ramadan, setiap jam atau selepas saja makan, pasti anda merokok jadi, pada bulan Ramadan mungkin anda boleh belajar untuk berhenti merokok.

Tidak cukup dengan itu, seorang pegawai perubatan dan kesihatan di Klinik Kesihatan Badang, Dr Afiq Rahim menerangkan menerusi laman twitter miliknya kesan jika anda berhenti merokok mengikut fasa masa tertentu.

Bukan itu saja, usaha telah di ambil oleh pihak kerajaan iaitu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dimana undang-undang dilarang merokok 3 meter dari kawasan kedai makan berkuat kuasa bermula awal tahun 2019. Adakah ini tidak lagi membantu anda untuk belajar berhenti dari merokok?

Untuk pengetahuan anda, merokok dalam kalangan wanita boleh menyumbang kepada lebih 25 jenis barah dan 90 peratus dipercayai berpunca daripada tabiat merokok. Antara jenis barah adalah barah pangkal rahim, mulut, paru-paru, tekak, perut, pundi kencing, pan­kreas dan ginjal.

Mahukah anda tergolong daripada pesakit ini? Fikir-fikirkan, selamat berpuasa!

 

 

 

Sumber: twitter Dr Afiq Rahim

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna