Ramadan Semakin Hampir, Siapkan Diri Dengan Cara Ini

Pantas masa berlalu, semakin hampir dengan bulan puasa yang bakal menjelma. Adakah tubuh anda sudah bersedia untuk tidak makan selama hampir 13 jam? Donna ada caranya untuk anda mempersiapkan diri sebelum menjelang bulan ramadan. Corak waktu pemakanan anda pasti berubah sepanjang bulan ramadan jadi anda perlu ada persiapan diri yang baik untuk tubuh anda dapat menyesuaikan dengan perubahan yang berlaku.

Image result for women hungry

Sumber : All4women 

Sekarang ni anda boleh mula untuk kurangkan makan dalam rutin harian anda. Ini akan membantu untuk membiasakan diri dengan makanan jumlah yang sedikit pada bulan Ramadan. Waktu sarapan anda juga akan berubah kerana anda akan makan pada waktu sahur untuk memberi tenaga sepanjang seharian berpuasa. Latih diri untuk bangun awal waktu agar tubuh anda dapat adaptasi dengan perubahan yang berlaku.

Image result for sleep

Sumber : Thejournal

Mungkin ada di antara anda yang sudah terbiasa dengan tidur lewat dan bangun pada waktu tengahari. Haa anda sepatutnya sudah mula ubah waktu tidur agar ianya lebih teratur. Kalau anda bukan jenis yang tidur awal, mungkin anda perlu ubah dengan bangun pada awal pagi agar waktu malam anda akan rasa letih dan mudah mengantuk. Tidur awal waktu amat penting ketika bulan puasa jadi latih diri anda untuk dapatkan waktu tidur yang berkualiti.

Image result for plan what to cook

Sumber : Kidspot

Rancangan menu untuk berbuka puasa dengan lebih awal akan banyak memberi kelebihan kepada anda. Ini kerana anda tidak lagi perlu berfikir untuk menyediakan hidangan ketika waktu berbuka. Dengan menu yang ada mudah untuk anda rujuk dan secara tidak langsung ia boleh menjimatkan masa. Bagi wanita yang bekerja pasti masa anda terhad bagi menyediakan juadah berbuka puasa. Jadi gunakan cara ini agar ianya lebih teratur.

 

 

 

 

Sumber : Republika

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna