Ramadan Musim PKP Ni, Jom Buat Kuih Tepung Pelita Sendiri!

Bila tiba bulan puasa je, tepung pelitalah yang akan menjadi antara kuih ruji kebanyakan orang. Iyalah, kalau bukan bulan Ramadan, memang susah la nak dapat kuih ni.

Tambah pula tahun 2020 ni kita bertemu bulan Ramadan dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana semuanya menjadi terhad. Jom kita cuba buat sendiri kuih Tepung pelita ni. Nak tak?

Sumber: facebook

Ala, jadi atau tidak itu perkara kedua. Sekurang-kurangnya kita cuba dulu mampu ke tidak kita hasilkan kuih Tepung Pelita menggunakan air tangan kita. Bahan dan cara penyediaan seperti berikut…

Bahan-bahan

Bahan lapisan hijau

  1. Secawan tepung beras
  2. Gula pasir 3/4 cawan
  3. Air pandan 5 cawan
  4. Air kapur 1 sudu besar

Bahan lapisan putih

  1. Santan 4 cawan
  2. Tepung gandum 6 sudu besar
  3. 1 sudu kecil garam

Bekas tepung pelita

  1. Helaian daun pisang yang sudah di raut dan dilayur.
  2. Bentukkan satu kotak kecil untuk loyang kuih tepung pelita.

Cara penyediaan…

  1. Kacau rata bahan tepung beras, gula pasir, air pandan dan air kapur dalam satu bekas.
  2. Dalam bekas yang lain, masukkan santan, tepung gandum dan sedikit garam. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Kemudian, masak lapisan hijau sehingga pekat dan berkilat.
  4. Masukkan terus lapisan hijau ke dalam setiap loyang tepung pelita. Letak separuh je okay?
  5. Selepas itu, masak bahan lapisan putih sehingga menggelegak dan letak di bahagian lapisan hijau tadi.
  6. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  7. Bila dah sejuk, hidangkan!

Ha, mudah je kan? Kalau agak-agak nak manis sikit bahagian lapisan hijau tu letak la lebih gula pasir. Agak-agak sedap, jual je buat income tepi.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tak Ada Penjualan Tepung Pelita Paya Jaras Untuk Ramadan 2020

Ramadan Ini Kita Tak Sendu! E-Bazar Dah Dilancarkan

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: iCook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna