Ramadan Ini Kita Tak Sendu! E-Bazar Dah Dilancarkan

COVID-19 ini membuatkan ramai orang down terutama sekali bagi penganut agama Islam. Mungkin tahun ini cara kita menyambut Ramadan akan berbeza sekiranya pandemik ini masih lagi mencatatkan angka yang tinggi. Tiada solat terawih di masjid, tiada moreh dan paling sedih, tiada bazar Ramadan.

Bukan itu sahaja, bagi peniaga, Ramadan adalah pintu rezeki yang membolehkan mereka dapat untung lebih banyak. Yelah, semua orang akan beli juadah berbuka puasa dekat bazar. Dapatlah mereka untuk mencari rezeki  berlipat kali ganda dalam sebulan ini. Alhamdulillah. Bila keadaan begini, sudah semestinya mereka paling sedih.

Ha, ini ada berita baik untuk anda semua. Kita harus berterima kasih kepada teknologi kerana membolehkan kita merasa Bazar Ramadan online! Selangor telah menumumkan bazar online ini yang dinamakan E-Bazar Ramadan.

Konsep bazar Ramadan digital ini hanya membenarkan pembelian dalam talian sahaja melalui aplikasi Grab selain mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebanyak 15 lokasi telah dikenalpasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat (central kitchen).

“Di peringkat Kerajaan Negeri, pelaksanaan akan diselaras oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan HIJRAH,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Selain Selangor, Langkawi pun dah lancarkan E-Bazar. Komuniti peniaga yang berjumlah kira-kira 1000 penjual dibenarkan mempromosi dan menjual kuih muih, makanan bermasak dan minuman kepada netizen dengan harga berpatutan.

Lepas ini tak ada masalah kalau anda mengidam nak makan sirap selasih atau ayam percik. Order sahaja dekat E-Bazar. Anda tinggal scroll sahaja kedai-kedai dekat Grab. Lauk yang lebih boleh buat sahur. Ingat, jangan membazir pula. Ia amalan syaitan!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna