Rajin Masak Tapi Malas Kemas Dapur? Baca Trik Ni Untuk Penyelesaian

Percaya tak ramai di antara kita yang rajin masak tapi malas kemas dapur? Bab mengemas dapur ni memang ‘liat’ sikit nak buat tambah lagi jika anda selesai memasak untuk hidangan yang banyak. Setiap ruang dalam kediaman anda, semestinya mempunyai susun atur yang tersendiri tidak kira sama di ruang tamu ataupun dapur.

Donna faham khususnya buat kaum wanita dan ibu mungkin anda mengalami sedikit kesukaran dalam memastikan susun atur di dapur untuk nampak lebih pratikal atau mudah diakses. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai banyak barang dapur yang perlu dikemas semula. Jangan sampai dilabel wanita pemalas pula!

Image result for masak di dapur

Sumber: thevocket

Jom baca trik mudah untuk penyelesaian masalah ini.

  • Sebelum anda masak mesti anda akan membeli barang dapur. Periksa kabinet di dapur untuk memastikan barang apa yang perlu dibeli agar dapat mengelakk daripada barangan terlebih beli daripada yang diperlukan.
  • Susun barang mengikut jenis rempah ke dalam bekas, agar mudah diambil dan disimpan semula.
  • Setiap kali anda selesai memotong sayuran atau menyiang ikan, pastikan anda basuh chopping board dan pisau. Elakkan untuk biar segala alatan di sinki.
  • Biasakan kemas dan lap selepas selesai masak agar kotoran dan minyak di dapur mudah ditanggalkan.
  • Letak barang di tempat asal selepas menggunakannya.
  • Limitkan penggunaan dapur.

Image result for masak di dapur

Sumber: tribun

Sebenarnya jika anda memasak sambil mengemas dapur anda tidak akan terasa penatnya malah ia akan memudahkan lagi kerja anda. Nak dapur cantik tapi malas mengemas jadi langkah terakhir anda sendiri perlu hadkan penggunaan barangan di dapur, baru lah dapur kelihatan seperti ‘showroom’ gitu!

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Panaskan Lagi Hubungan Bersama Di Dapur Dengan Suami, Why Not?

Bajet Lari? Ini Tip Penting Kalau Tak Nak &Shopping Barang Makeup Ikut Nafsu

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: impiana

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna