“Rajin Atau Tidak Je…” Sheila Rusly Ajar Anak Terunanya Masak

Kakak! Sini ke dapur dapur tolong mak masak”

Itulah bait ayat yang sering meniti di mulut para ibu bila dengan anak perempuan. Anak lelaki pula dibiarkan hanyut bermain media sosial, menonton televisyen, baca surat khabar atau melepak dalam bilik. Itulah budaya masyarakat kita, anak perempuan akan dikerah untuk tahu mengemas dan memasak.

Tapi, lain pula dengan didikan pelakon veteran Sheila Rusly terhadap dua orang anak lelakinya apabila berkongsi video gelagat anaknya di dapur ketika membantu dirinya memasak hidangan ikan sambal merah. Sheila Rusly yang sudah terkenal dengan kehebatannya di dapur, kini ingin mengajar anak-anaknya pula.

Video tersebut tersebut telah mendapat perhatian pengikutnya kerana rata-rata memuji dengan didikan pengarah drama Leftenan Zana kerana mengajar anak terunanya memasak di dapur.

 

Malah, ada juga yang terhibur dengan teguran Sheila Rusly apabila anaknya bertanya nak angkat atau tidak ikan yang sudah digoreng.

Lepas ni, mana yang ada anak lelaki bolehlah ajak mereka bantu sediakan juadah berbuka puasa. Selamat berpuasa!

 

 

 

 

Sumber: sheila rusly instagram

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna