Raihan Artis Berpengaruh Peringkat Antarabangsa? Lelaki Ini Dedah Sejarah Muzik Mereka

Nama kumpulan nasyid Raihan sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat dan industri muzik tanah air. Ditambah pula, lagu-lagu yang didendangkan oleh mereka sangat memberi kesan dalam kehidupan seharian kita.

Setelah bertahun lamanya Raihan mendiamkan diri, kini mereka kembali dengan nyanyian lagu nasyid berjudul Sesungguhnya yang bergandingan dengan penyanyi popular, Alif Satar bagi versi Sesungguhnya 2019.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, baru saja empat hari video lagu tersebut dimuatnaik, sebanyak lebih dua juta tontonan dan kini trending nombor satu di YouTube!

Tidak cukup dengan itu, salah seorang pengguna twitter mendedahkan 7 fakta sejarah muzik Raihan sejak 20 tahun lalu sehinga boleh diterima pakai di seluruh dunia.

Setanding dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ Sudirman Arshad!

Malah, mereka juga dikatakan setanding dengan penyanyi tersohor tanah air iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ Sudirman Arshad kerana pernah membuat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall. Wah! Bukan calang-calang kumpulan Raihan ni.

Orang luar negara belajar bahasa Melayu melalui nasyid!

Tidak cukup dengan itu Tony Fernandes pernah menaja kumpulan Raihan ke London menaiki penerbangan syarikatnya iaitu Air Asia sebagai menyokong Raihan di peringkat awal. Mana tidaknya, ramai peminat luar negara cuba belajar bahasa Melayu menggunakan lagu nasyid Raihan!

Ella dengan Tokti pun kalah!

Menurut Ahmad Asyraf, Raihan  memang jarang memenangi anugerah dalam negara kerana mereka telah merangkul kemenangan peringkat antarabangsa. Antaranya, pernah tercalon beberapa kali dalam anugerah 500 Most Influential Muslim in the World.

Dia juga menambah, sayangnya masih ramai lagi mempertikaikan kenapa penyanyi tanah air tak ikut cara artis korea sedangkan Raihan sudah tunjuk contoh yang bagus sejak 20 tahun yang lalu.

Donna yakin pasti masih ramai lagi yang belum tahu dan terkejut dengan pendedahan ini. Dalam diam mereka sudah mengharumkan nama Malaysia. Harap penyanyi baru boleh lakukan seperti penyanyi otai.

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna