Raih PHD Pada Usia 45 Tahun, Ustazah Norhafizah Jadi Inspirasi Wanita

Dalam keadaan sibuk pun boleh habiskan belajar PHD dengan jayanya. Sangat memberi tauladan dan contoh untuk kami,”

Antara semua bidang, kehebatan wanita paling terserlah dari segi pencapaian akademik apabila kadar kemasukan wanita ke universiti melebihi lelaki. Malah, data yang diperoleh Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan bahawa wanita melebihi lelaki dalam tujuh daripada lapan bidang utama terutamanya pendidikan, kesihatan dan kebajikan.

Buktinya, Ustazah Norhafizah Musa yang merupakan Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Kelulusan Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Pengajian Islam University Yarmouk Jordan, Sarjana Usuluddin Universiti Malaya telah pun berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya.

Beliau telah kongsi hari gembiranya bersama pengikutnya dengan memuat naik sebuah video di akaun Facebook miliknya yang memaparkan dirinya berjalan di atas pentas untuk mengambil sekeping sijil Doktor Falsafah.

(Admin). Alhamdulillah…alfu mabruk UDDNHM.

Posted by Ustazah Norhafizah Musa (Official) on Friday, October 19, 2018

Tidak cukup dengan itu, beliau juga memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya gambar bersama keluarganya dan ketika hari graduasinya.

Berikutan itu, ramai yang telah membanjiri ruangan komen beliau dengan mengucapkan tahniah kepada dirinya kerana berjaya menuntun ilmu sehingga PHD. Malah, ada juga di antara para pengikutnya mengatakan dirinya idola dan sangat memberi inspirasi kepada mereka.

Tahniah Ustazah!

Ustazah idola saya!

Tahniah diucapkan buat Ustazah Norhafizah Musa!

Sumber: instgram norhafizah musa , facebook norhafizah musa

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna