Rahsia Suntikan ‘Salmon DNA’ Mampu Mencerahkan Kulit Muka Dan Tampak Awet Muda

Mungkin ramai di antara anda sudah tahu tentang kebaikan ikan salmon yang memberi manfaat kepada tubuh badan. Namun ia bukan baik untuk tubuh badan sahaja tetapi ia juga sangat terkenal dalam bidang kecantikan. Untuk pengetahuan anda, ikan tersebut mengandungi omega 3, asam amino, vitamin A, vitamin C dan antioksida baik untuk kesihatan kulit.

Adakah anda masih ingat dengan penyanyi yang berasal dari Indonesia iaitu Kris Dayanti? Haa, bukan sahaja memiliki suara yang sedap malah Kris Dayanti juga memiliki wajah yang cantik walaupun sudah menjangkau usia 40 an. Dia turut mengakui mengambil suntikan salmon DNA sebagai rahsia dan rejim kecantikan untuk membantu mengekalkan kejelitaan, awet muda dan mencerahkan kulit.

Image result for salmon dna bagus ke

Sumber : okezone

Kulit Lembap Dan Cerah Semula Jadi

Siapa yang tidak mahu wajah kelihatan sentiasa lembap dan nampak cerah? Donna yakin hampir semua wanita di luar sana yang menginginkannya tetapi lambakan produk kecantikan yang ada di pasaran hari ini semakin banyak dan mengelirukan ramai pihak dan ada yang risau memikirkan sama ada ia selamat atau pun tidak. Untuk pengetahuan anda, suntikan ini bukan hanya mengekalkan kelembapan kulit sahaja malah ia akan membuatkan wajah anda tampak lebih muda terutamanya di bahagian pipi dan bibir.

Industri kecantikan di Korea dan Singapura amat menawarkan khidmat rawatan ini bagi individu yang mengalami masalah kulit muka teruk seperti berjerawat dan kulit kusam. Menurut Dr Ng Ying Ching seorang pakar estetik menyatakan bahawa apabila DNA tersebut masuk ke dalam kulit wajah atau mana-mana saja anggota badan ia akan bertindak memberi kelembapan semula jadi dan dalam masa yang sama membuatkan wajah lebih awet muda.

Related image

Sumber : ultimate

Tanpa Kesan Sampingan

Bagi anda yang risau untuk mendapatkan suntikan ini, jangan bimbang kerana tidak mendatangkan kesan sampingan, dan suntikan akan dilakukan pada lapisan dermis iaitu lapisan kedua kulit yang merupakan bahagian utama pembukaan liang pori, kelenjar sebum dan folikel rambut.

Ha, menarik sungguh teknologi sekarangkan? DNA ikan Salmon pun boleh diekstrak untuk tujuan kecantikan.

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Salah Pakai Produk Kecantikan, Boleh Bahayakan Bayi Dalam Perut

 

 

 

 

Sumber : sinar

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna