Rahsia Perwatakan Wanita Disebalik Bantal Ketika Tidur

Kalau nak tidur kebiasaanya mesti akan ada bantal di sisi anda betul tak? Bila dah selalu tidur ada bantal baru lah lena je waktu tidur anda, siap sedap peluk bantal yang empuk tu hiks! Bukan kanak-kanak je yang ada bantal ‘busuk’ setiap kali ingin masuk tidur, tapi memang tidak dapat dinafikan golongan yang berusia pun masih ada bantal kegemarannya.

Ada yang satu bantal pun cukup atau tidak memerlukan bantal langsung, haa anda yang mana satu? Untuk pengetahuan anda, kali ini Donna akan berkongsi tafsiran atau rahsia perwatakan dan personaliti di sebalik gaya tidur anda bersama bantal, menarik kan? Jom tengok di bawah yang mana satu agak-agaknya perwatakan anda.

Image result for women hug pillow

Sumber: tempur

Cara Peluk Bantal

Bagi yang sudah berkahwin anda akan peluk bantal atau suami, hiks? Secara lazimnya bagi wanita yang gemar memeluk bantal ketika tidur mereka mempunyai jiwa seni. Ia membawa maksud anda mempunyai penghormatan yang tinggi terhadap kesenian dan sastera. Bukan itu sahaja, wanita yang suka peluk bantal ni lebih romantik tau.

Bantal Lebih Daripada Satu

Lagi banyak bantal lagi best tidur, siapa yang macam tu? Perwatakan anda mungkin seorang yang kurang keyakinan diri di mana anda mahu orang lain untuk sentiasa membantu anda dalam membuat keputusan yang betul. Anda akan lebih yakin terhadap orang lain berbanding diri sendiri.

Image result for women hug pillow

Sumber: backpain

Tidur Dengan Satu Bantal

Anda bukan seorang yang mengada-mengada! Bagi individu yang hanya tidur menggunakan satu bantal, anda seorang yang sangat berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain selagi boleh lakukannya seorang diri. Dalam membuat keputusan anda akan fikir terlebih dahulu tanpa mengikut hawa nafsu semata-mata.

Letak Bantal Di Bawah Kaki

Mungkin jarang untuk jumpa individu yang meletakkan bantal pada kaki ketika tidur, kerana ianya satu tabiat yang tidak baik. Kebiasaanya golongan ini mempunyai sikap yang jarang mahu bergaul dengan orang sekeliling. Disebabkan sikap itu, kemungkinan anda juga memiliki ego yang sangat tinggi dan sentiasa menggunakan jalan mudah tanpa berusaha.

Haa anda yang mana satu? Walaupun tiada kajian secara saintifik yang membuktikan perkara di atas, namun percayalah keperibadian dan sikap sememangnya boleh diungkap dengan gaya hidup harian anda tidak kira sama ada positif mahupun negatif.

 

Untuk artikel yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Hilang Dara Ketika Berusia 15 Tahun, Wanita Ini Ketagihan Hubungan Intim Setiap Hari

Sumber : bukanaku

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna