‘Rahsia’ Para Suami Perlu Tahu Untuk Ambil Hati Isteri Yang Merajuk

Zaman bercinta dulu, bukan main lagi si para suami menujukkan pelbagai jenis usaha untuk mengambil hati dan sentiasa mahu mengekalkan senyuman pada wajah si isteri.

Namun, hanya beberapa tahun sahaja lepas berkahwin, si isteri mula mengadu dan mengeluh suami kini tidak lagi menunjukan effort yang sepatutnya. Come on guys! Nak meletakkan senyuman pada wajah isteri ini bukanlah complicated sangat right ladies? Jika isteri dilayan seperti pelapik kaki, maka pelapik kakilah yang suami dapat!

So, to avoid that, Donna akan kongsikan apa yang patut dilakukan oleh suami untuk mengambil  hati si isteri. Barulah kekal berbahagia!

Keupayaan untuk ‘Mind-Reading’

Nampak sahaja susah tapi sebenarnya untuk memiliki skill ini adalah senang sahaja. Jika sudah mula menampakkan muka monyok si isteri ini, pandai-pandailah mengambil hati dengan membri hadiah simple seperti sebatang bunga ros atau memasakkan makanan kegemarannya. Bukan itu sahaja, cuba memahami definisi Empathic Accuracy bagi memudahkan skill ini.

via GIPHY

Belajar Untuk Mendengar

Ada sesetengah individu hanya mendengar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. MAJOR TURN OFF okay? So please, cuba untuk memahami apa yang cuba mahu disampaikan oleh si isteri. Cuba mendengar dan bertukar pendapat. Dengan ini, masing-masing akan lebih memahami pasangan dan toleransi pula akan membantu!

via GIPHY

Bimbing dan Didik Rohani Isteri

Yang ini adalah merupakan satu perkara yang paling penting. Anda haruslah berakal dengan baik dalam membimbing dan membentuk dalaman isteri. Berniatlah untuk mengajar dengan penuh kasih sayang dan bukan mengajar dengan tanpa understanding! Ingatlah, happy wife, happy family!

via GIPHY

Menguatkan Self-Control Skill
Dalam perkahwinan, ini adalah sangat penting. Mendalami skill ini adalah merupakan perkara yang wajib diperkuatkan agar rumah tangga tidak mudah retak. Tidak kiralah dalam situasi apapun seperti bergaduh dan sebagainya. Hormati terlebih dahulu jika mahu anda dihormati orang lain ya!
‘Love Language’
Cinta dalam perkahwinan ini tidak akan berjalan jika hanya berdasarkan perkataan. Apa salahnya menunjukkan aksi-aksi romantik tatkala selepas berkahwin? Bukankah bercinta dengan lebih mendalam selepas berkahwin adalah lebih penting berbanding yang lalu? Bukan sukar, hanya menunjukkan bahasa kasih sayang dengan membantu mencuci pinggan atau memasak sudah memadai.
Donna berharap artikel ini dapat membantu pasangan suami isteri untuk hidup dengan lebih bahagia. Jika hubby jenis tidak faham bahasa, share artikel ini kepadanya!
Baca juga:
Sumber:Siraplimau.com
Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna