Rahsia Kesuburan Lelaki Yang Wanita Belum Tahu Lagi

Setahun dah kahwin, kenapa tak mengandung lagi? Mandul ke tu…”

Biasa tak dengar ayat ni dalam kalangan makcik-makcik bawang bila mereka mempersoalkan tentang rezeki anak dalam rumahtangga orang lain? Lebih menyedihkan lagi, kaum wanita pula dipersalahkan bila tak melekat. Sebenarnya, untuk memiliki zuriat haruslah melihat tahap kesuburan dari kedua-dua pihak. Lelaki dan perempuan.

Masyarakat perlu tahu, kesuburan suami dan isteri memain peranan penting untuk dapatkan zuriat. Sayangnya, di internet beratus-ratus panduan untuk para wanita menjaga kesuburan mereka. Tapi, tak ramai wanita tahu rahsia tentang kesuburan lelaki. Jom baca perkongsan dari seorang Doktor Pakar Kesuburan, Dr. Ryley.

Suhu yang terlampau panas

Menurut Dr Ryley, kuantiti sperma bergantung pada suhu persekitaran. Jika panas, kuantiti sperma akan berkurangan tapi lihat pula berapa jumlah takat suhu yang panas tu. Kalau panas sebabkan matahari, sperma takkan berkurang. Jumlah sperma akan bertindak balas jika masuk dalam tab mandi panas, sauna atau meriba komputer riba di kawasan zakar dalam tempoh jangka masa yang panjang.

via GIPHY

Merokok

Rasanya semua orang sudah mengetahui pengambilan rokok atau ganja akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan tapi, tahukah anda Dr. Ryley mengatakan dua elemen ini dapat memberi kesan buruk terhadap jumlah sperma yang dihasilkan?

via GIPHY

“Asap yang masuk ke dalam organ badan akan menyebabkan masalah hormon dan sperma yang dihasilkan tidak normal. Jika individu menghisap tembakau pula, kemungkinan anak untuk dilahirkan dalam keadaan cacat adalah sangat tinggi”

Tertekan

Perasaan tertekan akan memberi kesan yang berbeza-beza pada setiap orang tapi, ada beberapa kajian membuktikan tekanan boleh memberi kesan terhadap sperma lelaki.

via GIPHY

Menurut seorang pakar pemakanan dan jurulatih kesihatan hormon, Lauren Chambers, apabila lelaki dalam keadaan tertekan yang teramat sehingga mengeluarkan cecair  kartisol yang ada pada homon badan. Ia sebenarnya boleh mempengaruhi pada hormon seks seperti testosteron sehingga kualiti sperma berkurang.

Ha.. Lepas ni kalau ada pasangan suami isteri tak mempunyai zuriat selepas bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, jangan mempersoalkan sebelah pihak saja. Sebaiknya, diam dan mendoakan agar pasangan tersebut dikurniakan zuriat suatu hari nanti.

Artikel berkaitan:

Wanita Tersubur! Umur 40 Tahun Miliki 44 Orang Anak Kandung!

Hamil Usia Lewat Memang Banyak Risiko & Menyusahkan Ke?

 

 

 

 

 

Sumber: bustle

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna