Rahsia Gua Tempurung Yang Tak Ramai Tahu

Seperti semua orang mengetahui, Gua Tempurung terletak di daerah Gopeng dan merupakan gua batu kapur semulajadi terbesar di Semenanjung Malaysia.

Oleh itu, Gua Tempurung dijadikan kawasan perlancongan dan kawasan untuk melakukan aktiviti lasak. Ia sangat sesuai untuk semua golongan kecuali yang mempunyai penyakit serius.

Di sebalik keindahan dan keunikan Gua Tempurung, terdapat beberapa fakta yang mungkin tidak diketahui ramai. Kali ini, Donna akan dedahkan kepada anda beberapa fakta berkaitan Gua Tempurung.

Bukan Gua Tempurung tapi Gua Gajah

Sebelum dikenali dengan nama Gua Tempurung, gua ini dikenali dengan nama Gua Gajah kerana jika dilihat bentuk daripada luar dan dari jarak jauh, ia seperti seekor binatang gajah.

Corak di bahagian dalam

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa gua tersebut dikenali dengan nama Gua Tempurung? Ini kerana, pada bahagian lima bentuk kubah yang besar di bahagian siling atasnya terdapat 3 bintik hitam seperti dalam tempurung kelapa dan berbentuk sfera.

Kelawar

Sebut saja binatang yang hidup dalam gua, pasti anda terfikirkan kelawar dan terdapat banyak kelawar di setiap penjuru gua. Tetapi, spesis kelawar di kawasan Gua Tempurung mereka hanya datang pada musim mengawan saja iaitu sekitar bulan April sehingga Julai. Pada bulan lain, mereka akan keluar menetap di gua lain.

Lukisan dari najis kelawar

Jika anda masuk ke dalam Gua Tempurung, pada bahagian depan pintu masuk gua terdapat banyak garisan hitam dan kuning di bahagian syiling atas gua yang membentuk pelbagai.

Antara corak yang terbentuk adalah peha ayam, kepak ayam, muka orang dan rambut yang panjang.  Ini kerana kesan dari tahi bercampur dengan air kencing kelawar.

Bentuk stalagmit dan stalaktit

Selain daripada pembentukan najis kelawar di bahagian syiling atas gua, staletik yang terdapat dalam gua juga membentuk corak. Antaranya, kepala naga, monyet sedang membawa kereta dan kura-kura. Menarik kan?

Bentuk ini terjadi kerana air yang mengalir tercampur dengan bahan batu kapur dan terbentuknya stalaktik.

Ingin rasai sendiri pengalaman di Gua Tempurung? Jom plan ke sana hujung minggu ni!

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna