Rahsia Di sebalik Garis Senyum Di Wajah. Jom Check!

Kalau dah namanya wanita, mesti suka tengok cermin lama-lama kan. Selagi tak puas hati, selagi tu akan duduk depan cermin dan betulkan apa yang patut siap senyum lagi. Haa ada ke yang camtu? Setiap orang mempunyai senyuman yang berbeza dan ada juga yang mempunyai garis senyum yang ketara. Tahu tak sebenarnya ada maksud yang tersirat di sebalik garis senyum yang anda miliki.

Garis Senyum Ganda

Senyuman wanita ni bahaya tau, boleh buat para lelaki cair bila tengok! Bagi yang mempunyai garis senyum ganda dipercayai sebagai individu yang multi-tasking. Wah betul ke? Jika anda sudah mempunyai pekerjaan tetap mungkin anda akan ada kerja sampingan yang lain.

Related image

Sumber: desiakhbar

Garis Senyum Dalam

Garis senyum dalam ni bermaksud jelas dan nampak di wajah. Anda yang memiliki garis senyum seperti ini dianggap periang dan sukar beremosi terhadap sesuatu perkara. Bukan itu sahaja, mungkin anda juga seorang yang suka berusaha jika ingin kan sesuatu walaupun sudah berkorban banyak tenaga. Kiranya anda yang memiliki senyum dalam adalah seorang yang ‘hardworking’.

Image result for imbalance smile lines

Sumber: austin 

Garis Senyum Kanan Kiri Tidak Sama

Ciri wanita yang mempunyai garis senyum di bahagian kiri dan kanan tidak sama dipercayai adalah wanita yang sangat mengutamakan keluarga. Jika anda lihat pasti ada di antara rakan kerja anda yang balik ‘on time’! Bukan apa, mereka sebenarnya lebih mendahulukan keluarga, jadi cuba anda check betul ke mereka ada garis senyum yang tak sama?

Walau apa pun, ini hanyalah ramalan dan anggapan tentang keperibadian dan watak seseorang melalui garis senyum pada wajah. Kalau betul, mungkin ia satu hanya lah satu kebetulan.

Keyword: DonnaXsangkar

Sumber: bahasawajah

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna