Rahsia Bunga Yang Tak Ramai Tahu

Bila sebut saja tentang bunga, anda pasti fikirkan wangi dan cantik walaupun ada sesetengah bunga tidak mengeluarkan bau pun. Bunga juga dijadikan simbolik kepada kaun wanita kerana ia melambangkan kecantikan dan sudah menjadi fitrah kaum hawa yang sukakan keindahan.

Malah, bunga juga dijadikan simbolik untuk menghargai pasangan atau kawan, meminta maaf, melawat orang sakit, memujuk hati pasangan atau meraikan hari yang bermakna. Bagaimanapun, tahukah anda bahawa setiap bunga mempunyai simbolik dan manfaat yang tersendiri?

Sumber: BH

Haa… Jom baca senarai bunga di bawah.

Bunga Matahari

Simbolik bagi Bunga Matahari adalah kesetiaan kerana warna kelopaknya bewarna kuning dan setia mengikuti ke mana pergerakkan matahari bergerak. Unik bukan? Manfaat Bunga Matahari ini pula bijinya diekstrak untuk dijadikan minyak dan dijadikan makanan ringan iaitu kuaci.

Sumber: pixabay

Selain itu, bunga matahari juga dikatakan dapat mengubati penyakit seperti melegakan cirit-birit, melegakan sakit kepala dan menambah selera makan. Caranya mudah saja, rebus biji bunga matahari dan campurkan sedikit gula batu. Kemudian, minum air rebusan setelah sejuk.

Untuk menghilangkan jangkitan pada saluran kencing, minum air rebusan akar pokok bunga matahari. Untuk melegakan penyakit gatal kulit, tempelkan daun yang sudah dilumatkan pada bahagian yang gatal. Kegunaan bunganya pula untuk melegakan sakit gigi, perut, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan radang kulit.

Bunga Daisy

Sumber: asmaraku

Simbolik untuk Bunga Daisy pula adalah kelembutan dan kesucian kerana kelopak warnanya berwarna putih bersih. Manfaat bunga ini adalah dapat merawat masalah kulit, jatung, sendi peparu dan kanser.

Caranya mudah saja, minum air rebusan bunga daisy atau air teh dais dan campurkan sedikit hancuran kacang badan dan gula batu untuk membantu merawat pendarahan dalaman.

Bunga Hydrangea

Bunga Hydrangea atau lebih dikenali dengan nama Bunga Siti Zubaidah yang membawa simbol terima kasih kepada seseorang. Manfaat bunga ini tidaklah seperti bunga -bunga di atas yang boleh merawat beberapa penyakit tetapi, bunga ini akan dijadikan hiasan meja dan pelamin warnanya sangat cantik iaitu ungu, merah jambu dan biru.

Sumber: bibitbunga

Untuk pengetahuan anda, warna bunganya boleh dikawal jika pekebun mengubah tahap keasidan tanah menggunakan bahan kimia seperti kapur atau aluminium sulfat bagi mengubah skala asid di tanaman sekali gus, menghasilkan variasi rona bunganya.

Mandi bunga

Selain daripada merawat dan dijadikan hiasan pelamin, taman atau rumah bunga juga sering dijadikan bahan mandian. Untuk merasai pengalaman mandi air bunga, anda boleh klik di sini untuk dapatkan promosi hebat di Superdeals.

 

 

 

 

 

 

Sumber: memeflorist , threadzaloramy

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna