‘Q&A’ Wajib Tahu Bagi Yang Baru Ingin Melakukan Hubungan Intim

Persiapan kahwin semua dah settle. Tapi, macam mana dengan malam pertama!!!”

Mesti dalam fikiran individu yang belum pernah melakukan seks timbul pelbagai soalan. Antaranya, seperti quote di atas malah terdapat lagi beberapa persoalan seksual yang mungkin anda malu untuk bertanya kepada orang terdekat. Iyalah, soalan sensitif!

Oleh itu, kepada yang belum pernah melakukan seks, Donna akan membantu menjawab persoalan yang berada di dalam fikiran anda tentang hal ini. Antaranya…

Seks ni sakit ke?

Sumber: sheerluxe

Rasa sakit ketika melakukan seks sebenarnya bergantung kepada cara pasangan berinteraksi sebelum dan ketika melakukan seks. Tetapi, menurut pakar terapi seks iaitu Natalie Finegood, yang dikatakan sakit itu kerana seseorang wanita tidak biasa untuk merasa sesuatu dimasukkan ke dalam lubang faraj.

Beliau menambah lagi, istilah sakit sebenarnya tiada dalam hubungan seks. Ini kerana ketika rangsangan terjadi, pelincir akan dihasilkan daripada kedua belah pasangan dan ini akan dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit. Malah, saiz penis besar atau tidak, ia bukanlah satu faktor yang membuatkan anda terasa sakit.

Lainlah jika ketika melakukan hubungan seks, tiada pelincir yang dihasilkan. Ya, ia akan menyebabkan kesakitan ketika geseran berlaku. Namun, jika tetap berasa sakit walaupun ada pelincir, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor pakar kerana takut jika terdapat jangkitan kuman.

Bagaimanana nak mengekalkan bau badan ketika melakukan hubungan seks?

Sumber: rebel circus

Sebolehnya, sebelum melakukan seks, pakailah apa-apa wangian pada tubuh anda atau mandi terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan seks. Anda perlu ingat! Bau badan yang harum mampu menaikkan rangsangan pasangan.

Namun, ketika air pelincir keluar ia akan menyebabkan bahagian alat sulit anda sedikit berbau. Ketika ini anda tidak perlu risau kerana selagi anda menjaga kebersihan (membersihkan tubuh badan sebelum melakukan seks) bau anda just nice! Tak busuk, tak wangi. Bau badan yang normal.

Tapi, jika selepas anda mandi dan bahagian alat sulit anda tetap berbau yang tidak menyenangkan, kemungkinan besar anda ada masalah kesihatan kelamin. Donna menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui jika terdapat jangkitan kuman atau pun sistemik yang lain.

Lubang faraj kecik, muat ke?

via GIPHY

Tidak perlu khuatir, Allah telah menciptakan makhluknya sebaik yang mungkin. Kalau itu lumrah alam yang ditetapkan sejak azali lagi, usah perlu pening-pening. Besar atau kecik, mesti muat! Ahaks!

Tambahan pula, dengan bantuan pelincir akan memudahkan proses penembusan zakar ke dalam faraj. Malah, lubang yang kecil dan ketat sangat digilai golongan lelaki kerana dapat memberi kepuasan.

Masa buat seks tu, posisi apa nak buat?

via GIPHY

Ketika melakukan seks, lakukan apa saja yang anda ingin lakukan. Tiada salah atau betul selagi anda tidak melakukan perkara yang bercanggah oleh hukum agama dan tidak berlaku sebarang pergerakkan yang boleh mencederakan pasangan anda.

Walaubagaimana pun, ketika wanita ingin beraksi untuk berada di atas badan lelaki (cowgirl position) dan melakukan pergerakkan yang kasar ketika memasukkan zakar ke dalam lubang faraj, ia akan menyebabkan zakar membengkok. Kemudian, anda boleh mendengar ‘pop’ yang menyebabkan zakar membengkak dan menjadi ungu.

Jika situasi itu berlaku, anda seharusnya pergi berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Malah, menurut seorang pakar ahli urologi dan pakar perubatan seksual, Paul Gittens, posisi cowgirl sering menjadi punca zakar patah atau pun penyakit Peyronie (kelengkungan zakar).

Nak makan apa-apa pil ubat kuat ke?

Kadang-kadang anda terlalu ingin menunjukkan kepada pasangan anda bahawa anda terlalu sempurna di mata mereka sehinggakan ketika berada di atas katil pun, anda ingin kelihatan sempurna. Jadi, pengambilan pil kuat atau suplemen kononnya adalah jalan terbaik untuk kekal lama.

Namun, tahukah anda suplemen dan pil kuat itu semua dapat memberi kesan buruk pada kesihatan anda seperti jantung, hati atau buah pinggang? Lebih-lebih lagi bila anda tidak mengetahui apakah kandungan ubat tersebut. Ia sangat berbahaya!

Oleh itu, hendaklah berjumpa dengan doktor pakar untuk meminta nasihat dan jangan sesekali mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor.

Sumber: pexels

Soalan lain?

Kalau ada yang belum terjawab, mungkin boleh PM tepi Donna, ihiks!

 

 

 

 

Sumber: livestrong

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna