Puteri Raja Malaysia Adalah Antara Yang Tercantik Di Dunia

Ramai di antara kita, sewaktu kecil dulu selalu terbayangkan menjadi puteri raja bertemankan putera raja yang kacak dan menetap di istana ibarat berada di kayangan. Kerabat diraja sememangnya diangkat tinggi dan dihormati kerana darjat mereka. Lihat sahajalah bagaimana perkahwinan Kate Middleton yang disambut secara besar-besaran dan mendapat perhatian seantero dunia apabila disatukan dengan kerabat Diraja.

Namun, pernahkah anda terfikir siapakah puteri raja yang sebenar selain daripada Puteri Raja Britain iaitu Duchess of Cambridge Kate Middleton? Ha.. Jangan ingat negara United Kingdom je ada Puteri Raja yang cantik dan elegen. Negara Malaysia dan negara-negara lain pun ada ye!

Mari Donna kenalkan kepada ada puteri-puteri diraja yang bijak dalam dunia fesyen, aktif dan cantik di serata dunia.

Rania Al-Abdullah

Rania Al-Abdullah adalah ratu permaisuri Jordan. Dilahirkan di Kuwait dalam keturunan keluarga Palestin. Sebelum menjadi permaisuri, beliau adalah rakyat biasa yang bertemu dengan Abdullah ketika berpindah di Jordan atas urusan kerja. Menurut sebuah portal, Rania sangat rendah diri dan sentiasa mengambil berat tentang rakyatnya. Hal ini menjadikan puteri Rania sentiasa dihormati oleh rakyatnya.

Charlene Lynette Wittstock

Sebelum Charlene diangkat menjadi puteri raja Monaco di Zimbabwe, beliau adalah seorang atlet Olimpik Afrika Selatan dalam kategori perenang pada tahun 2000-2007 dan terus berhenti daripada menjadi atlet negara selepas menjalinkan hubungan serius bersama Putera Albert II pada tahun 2007.

Mereka berdua berjumpa buat pertama kali di sebuah pertandingan Mare Nostrum ketika di Monte Carlo, Monaco dan rakyat Monaco dikejutkan berita dengan majlis perkahwinan mereka berdua pada tahun 2011. Kini, beliau sudah mempunyai dua orang anak kembar iaitu Puteri Gabriella and Putera Jacques.

Jetsun Pema Wangchuck

Dilahirkan pada 1990 di Hospital utama di Bhutan, Thimpu dan wanita ini memang dari keturunan diraja. Tiada apa yang menarik untuk menceritakan latar belakang wanita ini melainkan berkahwin dengan seorang raja bernama Jigme Khesar Namgyel Wangchuck.

Ameerah bint Aidan bin Nayef Al-Taweel Al-Otaibi

Cantikan puteri Arab Saudi ni? Mana tidaknya, nama dan sikapnya yang dermawan sudah melambangkan kecantikkannya. Dia dilahirkan dalam kerabat diraja dan pada usia 18 tahun Puteri Ameerah Al-Taweel telah berjumpa dengan seorang lelaki berusia 28 tahun lebih tua daripadanya iaitu Alwaleed Bin Talal dan berkahwin pada tahun 2008 kemudian, bercerai pada bulan November 2013.

Selepas penceraiannya, beliau banyak melakukan pelbagai aktiviti kemanusiaan sehinggalah bertemu dengan  seorang jutawan Arab Saudi iaitu Khalifa bin Butti dan telah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2018 sehingga kini.

Sirivannavari Nariratana

Dari perut ibunya lagi, Sirivannavari sudah digelar puteri raja Thailand. Dirinya menjadi perhatian rakyat marhaen kerana dialah satu-satunya anak perempuan tunggal Raja Vajiralongkorn.

Apa yang membuatkan rakyat Thailand bangga terhadap dirinya adalah Puteri Raja Sirivannavari menjadi atlit negara badminton Thai pada tahun 2005 dan berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan Sukan Asia Tenggara ke-23 di Filipina.

Tunku Aminah Maimunah Iskandariah

Rasanya, semua orang kenal dengan Tunku Inah atau panggilan sebenar Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail.  Beliau merupakan anakanda kedua baginda bongsu dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia.

Tunku Aminah juga ada mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu Luvins The Royal Art of Beauty yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur.

Salwa Aga Khan

Untuk pengetahuan anda Puteri Salwa pernah menjadi seorang model terkenal di Amerika. Mana tidaknya, lihat sajalah bentuk wajahnya, sangat cantik! Jadi, tidak hairanlah beliau dilamar oleh Putera Rahim Aga Khan dan disatukan pada 31 Ogos 2013.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sirap Limau

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna