Puteri Jepun Ayako Lepas Takhta Untuk Kahwini Rakyat Biasa

Keluarga diraja Jepun diberi kebebasan untuk berkahwin dengan sesiapa saja untuk sekurang-kurangnya tiga generasi.”

Demi cinta suci, seorang puteri sanggup meninggalkan gelaran yang dimilikinya semata-mata untuk hidup semati dengan jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Puteri Jepun iaitu Puteri Ayako, perlu melepaskan taraf kerabat diraja selepas memilih untuk berkahwin dengan seorang rakyat biasa. Suaminya yang dikenali sebagai Kei Moriya berusia 32 tahun, dikatakan bekerja di sebuah syarikat perkapalan Nippon Yusen. Majlis perkahwinan pasangan ini dijalankan secara tradisional di Kuil Meiji, Jepun. Hanya kenalan rapat, pemimpin tertinggi dan keluarga yang dijemput menghadiri majlis perkahwinan ini.

Sumber Foto: lopezdoriga

 

Ayako menjadi kerabat diraja terbaru melepaskan statusnya itu untuk memilih kehidupan sebagai rakyat biasa. Menurut tradisi diraja Jepun, jika wanita daripada keluarga diraja mengahwini orang biasa, serta-merta status diraja pada diri mereka akan terlucut. Hanya lelaki berketurunan raja yang dibenarkan berkahwin dengan orang biasa dan masih kekal dalam keluarga diraja. Keluarga diraja Jepun diberi kebebasan untuk berkahwin dengan sesiapa saja untuk sekurang-kurangnya tiga generasi. Maharaja Akihito menjadi Putera Mahkota pertama berkahwin dengan orang biasa, iaitu Maharani Michiko. Mereka bertemu di gelanggang tenis.

Sumber Foto: Dailymail

 

Puteri Ayoko berusia 28 tahun dan merupakan anak perempuan ketiga mendiang sepupu Maharaja Akihito, Putera Takamado. Pada majlis itu, Ayako memakai berlapis-lapis kimono dengan gaya rambut bangsawan sementara pengantin lelaki memakai tuksedo hitam dengan seluar kelabu untuk upacara di kuil bagi menghormati semangat moyangnya, Maharaja Meiji. Menurut Puteri Ayako, dia berasa gembira berikutan ramai yang merestui perkahwinannya dan menganggap sekiranya ayahnya, Putera Takamado, masih hidup, pasti beliau akan gembira dengan perkahwinan tersebut.

“Saya gembira dengan perkahwinan ini yang dihadiri ramai tetamu.” kata Ayako pada sidang media selepas majlis perkahwinan secara tertutup itu.

Sumber Foto: Dailymail

 

Ayako terpaksa melepaskan status kerabat dirajanya kerana berkahwin dengan rakyat biasa. Beliau akan dikenali sebagai Ayako Moriya. Meskipun bakal meninggalkan keluarga dirajanya, Ayako dikatakan akan menerima pampasan yang dijangka berjumlah jutaan dollar. Menurut suami Ayoko, kali bertemu beliau bertemu dengan Puteri Ayako pada Disember tahun lalu di sebuah pameran foto. Mereka telah diperkenalkan sendiri oleh Puteri Hisako, iaitu bonda kepada Puteri Ayako yang sememangnya telah mengenali lama keluarga Moriya.

Sumber Foto: Dailymail

 

Menurut portal hmetro, keluarga diraja Jepun berdepan dengan kekurangan pewaris lelaki. Putera Mahkota Naruhito akan mengambil alih takhta selepas bapanya, Akihito turun takhta tahun depan. Saudara lelakinya, Fumihito, anak saudaranya, Hisahito serta Masahito iaitu saudara lelaki maharaja terkini ialah empat pewaris lelaki terakhir.

Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan berita Puteri Mako yang sanggup meninggalkan takhta diraja dan keluarganya semata-mata untuk hidup semati dengan pilihan hatinya yang berasal dari golongan rakyat jelata.

 

 

Sumber: dailymail.co.uk

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna