Putera Sulung Norman Hakim Jadi Imam Terawih Buat Netizen Kagum

Kalau dulu kisah rumah tangga pelakon dari drama Gerak Khas, iaitu Abby Abadi dan Norman Hakim pernah kecoh kerana konflik yang melanda, kini segalanya telah berubah walaupun mereka sudah berpisah.

Walaupun sudah bercerai, namun kesepakatan mereka berdua menjalinkan hubungan yang baik demi anak masing-masing mencuri hati ramai peminat. Tidak semestinya kita perlu bermusuhan dengan bekas suami atau isteri kan.

BACA: Hubungan Keluarga Tak Rapat? Ini Cara Untuk Hidupkan Kembali Suasana

Hasil perkahwinan Abby dan Norman dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha. Selain daripada wajah ayu Marisa Dania menjadi kegilaan ramai lelaki, lain pula dengan putera sulung mereka, Danish Hakim yang menjadi kekaguman kebanyakan netizen.

Danish Hakim, yang merupakan salah seorang pelajar di sebuah pengajian hafazan di Turki baru-baru ini kali pertama menjadi imam Terawih di sebuah Pusat Pengajian Warga Emas, Darul Ilim.

Lebih mengejutkan, Norman sendiri hadir menjadi makmum tanpa pengetahuan anaknya.

Seperti biasa, video ini menjadi bualan netizen dan rata-ratanya kagum melihat hasil didikan yang telah diberikan oleh Abby dan Norman. Sejuk perut ibu mengandung..

 

 

 

 

Sumber: instagram Norman Hakim

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna