Putera Harry & Meghan Markle Dedah Wajah Anak Sulung Mereka

Selepas 41 minggu kehamilan isteri kerabat diraja British, Meghan Markle akhirnya selamat melahirkan anak sulung pada 6 Mei, Isnin lepas. Berita gembira ini dikongsi di akaun Instagram @sussexroyal dengan kapsyen berbunyi…

Kehadiran yang amat dinantikan, pasangan Putera Harry dan Meghan Markle selamat menimang cahaya mata lelaki pada awal pagi 6 Mei 2019. Meghan dan bayi dalam keadaan sihat,”

Wah! Putih kemerah-merahan dan comel…

Apa yang menarik perhatian kami lagi adalah pada jam 5 pagi waktu tempatan semalam, kerabat diraja ini telah mendedahkan nama anak mereka kepada orang ramai iaitu Archie Harrison Mountbatten.

Meriah melihat kehadiran insan baru…

Pasangan tersebut bertemu dengan nenek kepada Putera Harry, Ratu Elizabeth II di istana terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan media untuk memperkenalkan nama anak mereka.

Semoga Archie membesar dengan sihat dan kasih sayang  keluarga kecil ini makin bercambah.

 

 

 

Sumber: vogue

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna