Purdah & ‘Face Mask’, Sama Ke?

Masuk hari ini, sudah tiga hari kerajaan melaksanakan pemakaian wajib pelitup muka disebabkan peningkatan kes baru COVID-19 semenjak dua minggu lepas. Mana tidaknya, risau kalau gelombang ketiga naik mendadak.

Kesan daripada itu, pada hari pertama perlaksanaan satu laporan telah mengeluarkan sebanyak 127 orang ditahan kerana tidak memakai pelitup muka di kawasan pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak.

Pakai purdah pun kena saman ke?

Apa yang lebih penting untuk dibahaskan adalah wajib tak pemakaian face mask pada golongan wanita yang memakai niqab atau purdah? Bukan apa, viral sebuah video di Facebook tentang isu ini.

Lagipun mesti ramai yang tertanya-tanya memandangkan pemakaian purdah dan face mask adalah lebih kurang iaitu menutup sebahagian muka iaitu hidung dan mulut.

Dah ada penjelasan yang jelas… Jadi harap bertenng laaa semuanye… Kalau ada yang nk saman.. Tunjuk ini video laaa . Mungkin asbab dari org yg betul² risau dan jg niqab nye Allah permudhkn. Mcm sy lemah n jahil lagi… Tu pasal dok up² gambaq

Posted by Fatimah Tarmizi on Sunday, August 2, 2020

Penjelasan dari pihak MKN…

Tak cukup dengan itu, pihak kami menghubungi pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam untuk dapatkan penjelasan lebih terperinci dari pihak mereka.

Apa yang kami dapati dari pihak mereka adalah pada jam 4 petang semalam, peraturan terbaru bagi golongan pemakai niqab juga perlu wajib memakai face mask di bahagian dalam.

Sumber: tvo

“Pemakaian wajib untuk pelitup muka yang dikeluarkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya dalam pengangkutan awam dan di tempat awam sahaja. Kalau berada di dalam premis makanan, anda boleh buka pelitup muka. Tapi, lepas makan dan minum kena pakai semula,” jelas salah seorang pihak MKN.

Purdah dengan face mask sama ke?

Bagaimanapun, jom kita lihat penjelasan dari Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin tentang perbezaan purdah dan topeng muka dalam pandangan Islam. Jom dengarkan!

Ada betulnya apa yang diterangkan oleh Dr. Danial tentang perbezaan kain fabrik dan juga surgical mask. Kedua-duanya memiliki fungsi yang berbeza. Semoga artikel ini bermanfaat!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Apa ‘Function’ Pakai Gincu Kalau Mulut Dah Tutup Dengan ‘Mask’

Topeng Muka & ‘Face Shield’, Mana Satu Sesuai Untuk Anak?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: yt , facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna