“Punyalah Kejam!” Netizen Bengang Pos Malaysia Tak Bagi Bonus Dekat Abang Posmen

Bila terjadinya pandemik, semua orang beralih kepada platform jual beli atas talian untuk meminimumkan kontak dengan orang luar. Maka, tidak hairanlah kalau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, jumah parcel yang kena diuruskan oleh courier service banyak berkali ganda.

Bila dah ramai orang beli barangan online, banyaklah juga keuntungan yang dijana oleh syarikat servis penghantaran barang, kan? Berlipat gandalah keuntungan mereka. Jadi kalau difikir ikut logik, abang posmen kitalah yang raya paling meriah tahun ini sebab bonus mesti lebat.

BACA: Sex Toys, Kondom, Laku Keras Sepanjang PKP!

Sumber: Penang Foodie

Namun, lain pula cerita yang viral dekat laman sosial apabila abang posmen katanya tak dapat bonus langsung tahun ini. Biar betul!

Seperti yang diceritakan pengguna Twitter  Aisyah Humairah seorang abang posmen terduduk kesedihan apabila diberitahu tidak dapat bonus langsung tahun ini. Dah la kerja makin banyak.

 

Netizen pun rata-ratanya bengang betul dengan pihak pengurusan Pos Malaysia jika benar ia terjadi. Ini kerana, bila jumlah parcel semakin banyak, maknanya pihak Pos Malaysia sepatutnya mampu untuk bagi bonus kepada pekerja.

BACA:Raya Tetap Raya Walau Cara PKPB

Ada yang minta Pos Malaysia pertimbangkan untuk beri bonus kepada kakitangan. Jangan kejam sangat.

Kita pun tak pasti kenapa pihak Pos Malaysia tak bagi bonus tahun ini dan sejauh mana kesahihan cerita ini. Namun, masih tiada lagi apa-apa kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkenaan setakat artikel ini ditulis. Apapun, semoga ada keajaiban yang berlaku nak dekat raya nanti. Kesian abang posmen kita meredah hujan dan panas untuk hantar barangan kita. Mereka pun adalah frontliner!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna