Punyalah Dengki! Ada Yang Minta Gaji Cikgu Dipotong Sebab Tak Pergi Mengajar

Ada beza perkataan tak dibenarkan mengajar dengan malas mengajar.

Memang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, sekolah sama ada  taska, sekolah rendah mahupun universiti diharamkan daripada dibuka bagi menghalang penularan COVID-19. Tapi, itu bukan bermakna guru dan pensyarah kita goyang kaki sambil makan ‘welcome-welcome’ dekat rumah.

Mereka masih membuka buku dan melakukan kelas secara atas talian. Tak tahulah apa yang berada di dalam fikiran segelintar pihak. Ada yang mempersoalkan mengapa para guru ini masih dapat gaji penuh sedangkan sekolah tutup musim COVID-19 ini. Hey, siapa yang persoalkan tu?

Netizen juga nampaknya membawang di laman sosial meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk potong gaji golongan cikgu ini untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang minta kementerian untuk patah balik ke kawasan mengajar masing-masing dan susun semula silibus. Hm, pandai-pandai je netizen ni kan..

Seorang guru bernama Fadli Salleh meluahkan apa yang dirasanya melalui akaun Facebook. Hakikatnya, guru juga manusia biasa. Mereka juga mempunyai tanggungan yang harus dibayar dan hidup mereka pun tidaklah sesenang yang dibayangkan.

 

Cikgu tak berkira

Well, kita semua tahu bahawa guru adalah individu yang tidak pernah berkira. Ada yang sanggup berhabis duit poket sendiri untuk menghias kelas. Ada juga yang main kutu sesama sendiri supaya mampu beli keperluan seperti LCD dan printer untuk mengajar anak murid dekat sekolah.

Bukan itu sahaja, guru-guru juga ada kumpul duit dan sama-sama jahit peralatan PPE untuk dihulurkan kepada petugas KKM. Besar sebenarnya jasa yang diberikan guru-guru.

Sumber: Babab.net

Kenapa perlu dengki?

Cikgu itu pun turut mempersoalkan sifat dengki segelintir pihak terhadap golongan guru. Sedangkan selama ini, para gurulah yang tak kisah buat kerja siang malam sehingga anak bangsa mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun, pengorbanan itu seperti ditutup sebelah mata akibat dengki.

Sudah-sudahlah kita dengki dengan rezeki orang lain. Sepanjang tempoh PKP ini, mereka juga masih tetap bekerja dari rumah dan memikirkan cara terbaik bagaimana untuk menghabiskan silibus agar anak kita semua dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan menjadi manusia berguna.

 

Baca juga:

Petugas Medik Gali Balik Jenazah Pesakit COVID-19 Sebab Orang Kampung Mengamuk!

Berita Gembira! Ada Tanda Awal Malaysia Akan Pulih Dari COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook Fadli Salleh

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna