Punggung Besar? Ini Pemilihan Jeans Yang Sesuai Untuk Anda

Pemilihan pakaian amat penting untuk keselesaan waktu bergerak atau melakukan apa-apa aktiviti. Jadi, tidak hairanlah wanita sentiasa dalam dilema memilih pakaian yang paling sesuai dengan diri mereka walaupun sekadar memilih sepasang seluar jeans.

Donna yakin, mesti ada di antara anda semua mengalami masalah pemilihan jeans lebih-lebih lagi yang mempunyai bahagian punggung yang besar. Tak mengapa, Donna ada beberapa tip yang nak kongsikan kepada anda cara pemilihan jeans bagi yang mempunyai punggung besar. Antaranya…

Sumber: shefinds

Curvy

Pemilihan seluar jeans gaya vintaj zaman 70-an memang sangat sesuai dengan fesyen zaman moden ini. Ditambah pula dengan aksesori poket yang luas di bahagian belakang dan bahagian tengah jeans berbentuk curvy yang agak lebar membantu si pemakai berasa selesa.

Jeans jenis curvy ini juga sesuai untuk kepada yang punggung agak lebar atau besar kerana bahagian tengah yang curvy dapat memuatkan saiz punggung anda.

Bukan skinny!

Bila memiliki punggung yang besar, secara tidak langsung bahagian betis dan peha anda juga akan lebar. Jadi, jenis jeans yang sesuai mestilah yang jenis straight cut bukan yang skinny. Bila straight cut, jeans akan membentuk elok dengan peha dan betis anda. Taklah nanti macam nangka ketat!

Tapi, kalau anda berdegil untuk memakai jeans skinny juga, bersedialah untuk menghadapi hari-hari yang tidak selesa dengan pakaian.

Fabrik jeans

Pastikan jenis fabrik jeans yang bergetah untuk memudahkan anda menyarung seluar jeans dan ia akan membentuk peha dan betis anda lebih cantik berbanding jeans yang tidak bergetah. Tambahan pula, fabrik jeans jenis ini akan memudahkan pergerakkan anda kerana ia tidak akan melekat ketat dengan tubuh anda.

Nah! Mudah sajakan pilih jeans yang sesuai bagi yang memiliki punggung yang besar. Donna harap lepas ni wanita-wanita Donna tak sarung jeans macam nangka ketat, ihiks!

Sumber: GH

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna