Punca Vagina Anda Sakit Ketika Melakukan Hubungan Intim

Hati berbunga-bunga bila dapat mesej rindu daripada si suami dan bagaikan tidak sabar menunggu si dia pulang ke rumah.. kerana apa? Malam Jumaat datang awal. Hiks!

Seks sering dianggap aktiviti yang menyenangkan dan memuaskan nafsu setiap pasangan yang berkahwin! Namun, kenyataannya tidak selalu apa yang anda fikirkan itu indah. Lebih-lebih lagi kepada wanita yang pertama kali baru melakukan hubungan intim pasti rasa tidak selesa bila zakar pasangannya tembus ke dalam faraj.

Merujuk kepada istilah sains, Dyspareunia yang membawa maksud kesakitan faraj berulang atau berterusan sebelum, semasa atau selepas melakukan seks. Tapi, kesakitan yang dialami oleh setiap wanita ketika melakukan seks adalah berbeza-beza kerana setiap pasangan ada posisi seks mereka sendiri.

Sumber: plannedparenthood

Oleh itu, Donna akan kongsikan pandangan dari dua orang doktor iaitu Profesor Klinik Obstetrik, Ginekologi, dan Sains Reproduktif, Dr. Mary Jane Minkin dan seorang ahli Psikologi Klinikaldan ahli terapi seks, Dr. Shannon Chavez melalui sebuah artikel kesihatan seks di Feed News tentang mengapa bahagian vagina terasa sakit ketika melakukan hubungan intim.

Antara punca vagina anda mengalami kesakitan adalah….

Jangkitan bahagian faraj…

Menurut Doktor Minkin, pertama sekali anda harus mengetahui adakah bahagian vagina mempunyai jangkitan sehingga menyebabkan kesakitan. Hal ini kerana, jangkitan herpes genital, UTI, jangkitan yis, klamidia, dan gonorea adalah antara jangkitan vagina yang boleh membuat seks anda menyakitkan dan tidak selesa.

Sumber: doctoroncall

Katanya lagi, untuk mengetahui vagina anda terkena jangkitan atau tidak, anda akan merasa sakit ketika faraj keluar masuk ke dalam vagina dan berasa gatal selepas melakukan hubungan intim. Jadi, basuh bahagian kemaluan dengan betul sebelum dan selepas bersama, jika tidak jangkitan di atas boleh menjejaskan serviks dan rahim.

Tidak mempunyai pelincir…

Antara punca lain adalah tidak cukup pelincir untuk proses geseran kerana pelincir adalah kunci dan tanpa itu, geseran akan menyebabkan kepedihan bila kulit bergeser dengan kulit. Menurut Chavez, faktor kekeringan faraj adalah wanita tidak terasa terangsang atau perubahan hormon yang disebabkan oleh monopos atau emosi tertekan. 

Sumber: cosmopolitan

Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, mungkin pasangan anda perlu lebih manja dan mesra dengan sentuhan sebelum memulakan hubungan intim ataupun pergi mendapatkan nasihat pakar untuk mengetahui tindakan dan bagaimana boleh merawat masalah tersebut.

Faraj tidak tahan lama…

Walaupun anda tidak mempunyai masalah dengan kekeringan faraj, kadang-kadang pelincir faraj sendiri tidak cukup untuk bertahan sepanjang melakukan seks. Bila tidak boleh bertahan lama dan tidak dapat menghasilkan pelincir, ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan ketika melakukan geseran.

Itulah antara-antara punca faraj anda terasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Jadi, jangan malu berjumpa dengan mana-mana doktor untuk bertanyakan tentang masalah kelamin anda. Sebelum terlambat, lebih baik anda mencegah.

 

Promosi menarik di Watson dengan hanya klik link ini.

 

 

Sumber: BuzzFeedNews

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna