Pukul Pavithra, Sugu Direman 3 Hari

Isnin lepas, youtuber masakan terkenal, Sugu Pavithra telah menerima anugerah Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 yang diberikan khas oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena sambutan Hari Bandaraya Ipoh. Tahniah Pavithra!

Kalau nak ikutkan, dia bukan saja ikon anak Ipoh tapi sebenarnya memberi inspirasi pada kebanyakkan wanita di luar sana untuk masak dan cuba hidangan budaya lain.

Sumber: cariangoogle

Gara-gara tak menyebut nama…

Malangnya, hari ini kami ada berita yang tidak menyenangkan untuk dihidangkan pada anda. Menurut laporan Metro tengah hari tadi, suami kepada Parvithra direman selama tiga hari kerana memukul isterinya.

Situasi tegang ini dipercayai berlaku ketika pasangan tersebut berada di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun semalam untuk mengunjungi saudaranya tetapi gagal.

Kes tersebut berpunca kerana mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima anugerah pada Isnin lalu.

Sumber: cariangoogle

Menurut sumber, ketika kejadian suspek dipercayai mabuk dan menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga,” katanya.

Kini, kes masih lagi dalam siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lepas Cuba Tiru Gaya Masak Sugu Pavithra, Wanita Ini Bongkar Sesuatu

Manjakan Suami Anda Tanpa Jalin Hubungan Intim, Macam Mana tu?

 

 

 

 

 

Sumber: hype

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna