Puas Makan! Jom Belajar Buat Sos Dan Sup Steamboat Sedap

Angkat tangan siapa penggemar steamboat dekat sini! Haa bagi yang suka dengan hidangan bersup dan makanan laut Donna ada berita baik untuk anda. Selalunya kalau makan dekat kedai mesti anda terfikir bagaimana cara untuk buat sos dan sup steamboat yang sedap. Apa bahan yang mereka gunakan sehingga bau aroma yang wangi daripada supnya mampu buat semua orang terliur?

Bagi yang ada anak ramai tu, memang sesuai sangat kalau anda belajar buat sos dan sup steamboat sendiri. Sebab anda boleh mengikut kombinasi citarasa anda sendiri, sama ada masam dengan manis atau manis dan masam. Haa terpulanglah. Hidangan steamboat ini memang selalunya dimakan berulang-ulang kali jadi memang puas kalau anda pandai buat sendiri di rumah. Nak cuba? Jom tengok resepi sos di bawah.

Related image

Sumber: dipping

Sos Steamboat

Bahan-bahan

  • Cili merah
  • Bawang putih
  • Minyak bijan
  • Sos ikan
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Pati Sunquick
  • Daun ketumbar

Cara Penyediaan

Kisar cili merah, bawang putih sehingga halus. Masukkan bahan kisar dan campurkan ke semua sos di atas mengikut citarasa. Untuk pekatkan kuah, masukkan sedikit tepung jagung dan satu cawan air. Masak sehingga pekat dan taburkan sedikit daun ketumbar yang dicincang halus.

Image result for steamboat sup

Sumber: azhan

Sup Steamboat

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Kiub Pati ayam
  • Tulang ayam

Cara Penyediaan

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan air secukupnya, bila air dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam. Bila stok ayam sudah masak, boleh masukkan bahan steamboat. Dah siap!

Haa tapi kalau teringin sangat dan tiada masa untuk buat steamboat sendiri, apa kata anda boleh klik di sini untuk dapatkan baucar Seoul Garden. Hanya di Superdeals! 

 

 

 

 

Sumber: pama

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna